Pra-FD 2....~Sungai Chiling~

Assalamualaikum... Salam pembuka bicara..

Seperti yang di janjikan oleh Iba.. akan ada entry pra-FD 2 untuk anda2 semua.. haha.. macam lanak sangat ada orang bacakan.. xpe.. its ok.. entry ni untuk orang yang nak baca je.. yang xnak baca boleh pergi ke simbol pangkah di hujung belah kanan atas sekali dan tekan..

Minta maaf sebab baru nak update blog.. almaklum le busy kononnya.. haha.. actually memang busy pun.. sebab sekarang ni tengah berlangsungnya Kem FESENI untuk sesi 13/14.. jadual agak padat (kot).. sekarang ni pun Iba bersengkang mata untuk update blog yang dah berhabuk... waktu sekarang orang tengah tidor Iba tengah update blog.. kisah kem FESENI Iba akan update lain hari kalau berkelapangan..

Ni waktu makan.. ramaikan family GT...

Back to topic, kite sambung alkisah di PD.. Selepas kitorang decide memang xnak tido rumah sepupu Zaheer, kami decide nak pergi jalan2 pada keesokkan harinya sebab dah alang2 ada kereta.. so, antara tempat yang menjadi bahan perbincangan adalah, " naik bukit broga (konon2 nak tengok sunrise), ice skating, naik bukit botak, mandi air terjun dan sebangainya lah..." Tup2.. tersebutlah pulek sungai chiling...  makanya ramai pulek yang setuju walaupun xde siapa pun yang tahu sungai chiling 2 kat mana.. tibe2 si zaheer ni cakap, sungai Chiling best air terjunnya, kene redah sungai sikit.. So, memang dh decide nak pergi sungai chiling..

After kitorang jalan2 kat pantai PD sambil makan2 dan bertazkirah, kitorang pun zroooommmm~ balik kolej yang tercinta.. cume kereta Iba je sampai lambat sebab kereta Iba nak pergi cari makanan untuk dibuat sarapan sewaktu pergi sungai chiling.. nak kata la semangat GT ni sangat kuat, dan berasa best sangat2 tido bersama2 masa kat rumah sepupu zaheer 2, so kami budak perempuan decide nak tido sama2 lagi... maka kami pun pergi la bilik mimi untuk tido bersama dan midnight movie...

yang tengok movie 2 Iba ngan mimi je yang masih bertahan.. yang lain dah ke alam mimpi.. yela.. penat kot dari PD.. lagi2 yang drive.. lagi penat.. pukul 2 lebih baru kitorang tido.. i2 pun kononnya, si mimi ni kata xnak tido.. takut terlajak.. yela.. nak buat sarapan la bagaikan untuk family GT... Iba bangun belum subuh.. sebab si fizha dah ketuk pintu bilik mimi kejut bangun...

Dekat pukul 7 baru kitorang start buat sarapan... kami buat nasi goreng, sandwich telur dan sardin..Actually janji dengan budak lelaki jam 8 pagi... dekat2 8.30 pagi si syuk mesej tanya kat mana.. Rabi cakap, jangan cakap dengan syuk yang kitorang xsiap lagi.. so Iba pun cakap la OTW.. haha.. sian syuk.. xtaw la dia tunggu lama ke x... untuk sarapan, Iba ngan mimi buat nasi goreng.. mule2 Iba yang masak kemudian si mimi pulak yang masak dan dicampur dalam satu bekas... rabi, ana, fizha, anis, buat sandwich telur dan sardin...

Ni nasi goreng Iba ngn mimi..

Lepas dah siap semua, kitorang pun sarapan bersama2.. Iba sampai je kat bawah, nampak syuk dah turun.. sorang2 je tunggu kitorang.. yela.. selalunya perempuan je yang tunggu.. haha.. maaf syuk...

Breakfast time...

After that, kitorang pun bergerak bersama2 menuju ke sungai chiling.. perjalanan nak ke sungai chiling memang sangat mencabar... almaklumla salah jalan.. tempat yang kite xpernah pergikan.. memang macam 2.. dalam OTW nak pergi sungai chiling ni, kami berhenti di bahu jalan sebab nak tengok empangan.. ohhh ye... sungai chiling ni dekat KKB a.k.a Kuala Kubu Baru.. jauh jugak la dari UM.. sebelum sampai ke empangan tersebut, kitorang nampak geng2 moto besar.. masa kitorang berhenti kat empangan tu, dah baling2 batu bagai, tetibe je, geng moto2 besar tadi lalu depan kitorang... siap berhon2 lagi sebab kitorang lambai2 tangan..

Tengok la diorang sibuk kutip batu..
tu dia habaq hang....geng2 moto besar...
ini la kami.. pantang nampak camera...
Ini lah teruna yang follow...

ha!!! ni la empangan yang Iba ceritakan..

Sampai je kami di sungai chiling, kitorang xpandang pun pintu gerbang yang tulis, santuari ikan.. Iba ingat kat santuari ikan 2, tempat orang bela2 ikan... so, kami pun terus dan hanya melintasi santuari ikan dan berjalan terus kedepan dengan confidentnya... sampai tempat orang jual2 makanan2 ngn gogle kitorang amik gambar lg.. haha.. family GT mmg pantang nampak gambar..

kononnya sebelum mandi posing2 dulu.. ngeh3

bukti yang kami dah sampai sungai chiling..
Kita sambung pasal atas td, after kitorang posing, kitorang turun tangga yang ada, pas2 memang dah nampak air terjun pun.. tapi kitorang pelik la.. mana pergi ramai2 orang 2? yang ada cume satu kumpulan je.. i2 pun diorang tengah sambut birthday... bile tanya aunty yang jual makanan 2, dia cakap kena masuk kat santuari ikan 2.. haha.. xpasal2 kena patah balik kan... patutla orang xramai..

Pas2, kami pun patah balik dan masuk ke kawasan santuari ikan 2.. jalan dekat 10-15 minit kot sampai tempat pendaftaran.. kat situ la baru nampak surau, tandas dan sebagainya.. nak masuk sungai chiling ni kena bayar sorang rm 1..

rupe2nya, kena masuk ikut ni...

jalan masuk ke santuari ikan..

Ini la 1st time Iba pergi air terjun kena kira sampah.. kitorang pergi bawak 1 beg makanan.. dua bungkus roti, satu plastik buah, 3 makanan ringan,4 botol air, satu bekas tupperware... satu sampah harganya rm 3.. so yg di kira, 1 plastik buah, 3 makanan ringan, 4 botol air, semuanya ada 8 sampah.. 8 X rm 3 =RM 24, tapi orang 2 mintak RM20... kalau kurang satu sampah duit RM20 2 burn.. kalau cukup semua sampah, dia pulangkan balik duit RM20 2.. haha.. pertama kalinya berasa sampah 2 penting...  haha..

ha!! ni la peta nak sampai ke sungai chiling 2..jauhkan.. 


Nampak x peta kat atas 2.. aunty yang jual makanan tadi cakap, 40 minit je jalan.. Iba ni ingat ada la jalan tar ke ape ke.. rupe2nya redah hutan, sungai bagai... memang terbaik.. kitorang berjungle trecking hanya dengan menggunakan seliper... memang2 awesome...

Sesungguhnya perancangan Allah i2 memang yang terbaik.. kononnya nak panjat bukit broga la, bukit botakla, mandi air terjun la, ha!!!!! amek kau!!! memang dua2 sekali kitorang dapat... walaupun penat tapi memang best... berapa banyak sungai ntah yang kitorang redah..

sebelum amsuk hutan ada lalu titi gantung.. cume 4-5 orang je boleh lalu..

ni pun kat titi gantung jugak,,
kegigihan meredah hutan..

banyak "sayur" a.k.a. lalang kat kanan kiri..

nampak x betapa susahya nak turun 2.. tinggi kot.. yang berbaju hitam 2 yang berkaki ayam..


Kesungguhan adik beradik GT meredah sungai..

tertonggeng2 nak redah sungai.. nka jaga beg baju lagi, beg makanan lgi..


After dekat hampir satu jam kitorang meredah hutan dengan berseliper dan ada juga yang berkaki ayam, redah sungai, jatuh dalam sungai, akhirnya kami sampai.. jumpa ramai org dalam perjalanan meredah hutan dan sungai, dan semuanya berkasut sukan.. kitorang je yang sempoi berseliper dan berkaki ayam.. rasa nak pergi lagi ngan family GT...


kat belakang 2 air terjunnya.. tinggikan...+ cantik...

Ni la adik beradik GT..

kat kawasan ni la ramai gilos org.. orang puteh pun ado...
kenangan yang xkan dilupakan.. kaalau lupe minx maaf.. haha

Ni memang gambar khas kakak cantik.. huhu.. saje amik gambar die..

 Lepas puas amik gambar beramai2, kitorang pun turun la balik.. yela.. ramai gilos orang... memang x la kami nak mandi tempat yang ramai sangat manusia.. dah turun balik, akhirnya jumpa la tempat yang sesuai untuk kitorang landing...

kami dah jumpa tempat yang sesuai untuk landing...

Haha.. pas2, semua buat hal sendiri.. gi la mandi senyap2... air terjun kat sungai chiling ni memang sejuk sangat... xsama dengan kat ulu yam.. yang ni, umpama air kosong yag dimasukkan ais... memang sejuk gilos.. tapi memang puas hati la..



bahagia nampaknya si mimi bergayut...
kakak cantik ni main air cm 2 je.. sejuk sangat katanya..


Selepas sejam mandi, masa untuk naik pulek.. masa untuk balik.. sucikan diri, dan solat menghadapi Pencipta kita...


sebelum balik, tinggalkan kenangan disini..



ha!!!! tu dia!!!! banyakkan ikan... abah Iba cakap,  ikan ni nak pupus dah..


Okay.. sampai di sini je.. kalau berkelapangan Iba update sal Kem FESENI pulak ye.. ngeh3..


..Terima kasih sudi baca..