~~berbuka di masjid~~

Assalamualikum... Salam pembuka bicara.. Alhamdulillah seluruh umat islam di atas muka bumi ini telah melewati puasa yang pertama di bulan ramadhan... Semoga hari ini segala amalan kita diterima ALLAH... amiinnnn... Alhamdulillah bersyukur kita  masih di pertemukan walaupun hanya sekadar dalam blog..

Seronok rasanya dapat menjalani ibadah puasa hari ini... Tapi janganlah kita tinggal solat terawih.. Alangkah ruginya bagi sesiapa yang meninggalkan terawih..


من قام رمضان إمانا واحتسابا غفرله ما تقدم من ذنبه
mafhumnya:: sesiapa yang mendirikan solat terawih  pada waktu malam ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan , maka  dosa yang lepas akan  diampunkan oleh ALLAH.  ( diriwayatkan oleh bukhari dan muslim )



Betapa ruginya bagi siapa yang tidak melakukan solat terawih.. Sungguh beruntung kaum adam 30 hari dapat menunaikan solat terawih... Maka bersyukurlah wahai kaum adam dan gunakanlah peluang yang hanya datang setahun sekali..

Seperti tahun yang lalu, dan tahun ini sudah masuk tahun yang ke 3 bagi kami warga kg tebuk jawa berbuka puasa di masjid.. Bermula 1 ramadhan hingga 29 ramadhan xsilap iba.. Sudah 2 tahun mak iba xmasak untuk buka puasa.. kami sekeluarga buka di masjid.. Rumah iba betul2 berada di hadapan masjid.. Makanya agak malu sekiranya kami tidak hadir berbuka di masjid.. Siapa yang menyediakan buka puasa di masjid?

Orang2 kampung la yang menyediakan buka puasa.. Setiap hari berganti orang yang buat buka puasa.. Sebenarnya orang2 kampung buat kenduri di masjid, mungkin kenduri arwah atau kenduri kesyukuran.. Mula pukul 6.45 petang, sudah ramai yang hadir ke masjid terutamanya orang yang kenduri hari itu.. Kenapa awal sgt? Ya lah, sebelum berbuka kami ada baca yasiin dan tahlil.. Kerana itulah ramai yang hadir awal ke masjid. 

Giliran family iba buat kenduri di masji minggu hadapan.. Ahad malam isnin.. Makanya hari ahad 2 akan di adakan rewang @ kejubus untuk buat makanan untuk berbuka puasa.... InsyaALLAH menunya ikan kembung masak tempoyak. Bukan ini sahaja menunya, ada lagi tetapi iba tidak tahu kerana itu hal orang2 tua (adik beradik abah)...

Moreh pun orang kampung yang bawak.. JKKK sudah bahagi2 giliran yang bawak moreh ke masjid.. Giliran family iba ada 5 hari.. 1, 8, 15, 22, 29 ogos 2011.. Itulah hari2 nya yang family iba kena bawak moreh ke masjid.. Meriah buka puasa di masjid tadi.. 

Esok iba dah start mengaja lagi, balik dari sekolah di awalkan.. balik pukul 5.30 petang.. Ustazah2 di sekolah masing2 jeles dengan iba dan emak.. Mana tidaknya, kami balik rumah terus rehat dan tidak perlu susah payah menyiapkan lauk untuk berbuka ketika penat.. Tetapi mereka, balik dari sekolah tidak sempat untuk berehat dan terus menyiapkan makanan berbuka untuk family tercinta walaupun dalam keadaan penat..

Cabaran iba di bulan ramadhan akan bermula esok.. Melayan kerenah anak murid yang macam2.. Semoga ALLAH memberi iba kesabaran yang sangat tinggi untuk bulan yang Mulia ini.. amiin...........




Moga ALLAH redha dengan apa yang kita lakukan....



^_^

..Terima kasih sudi baca..