~ Hari raya datang kembali~

Assalamualaikum.... Salam dihulur untuk semua pembaca blog iba ni.. Alhamdulillah iba di beri peluang untuk menaip dalam blog ni lagi.. Alhamdulillah kita bertemu kembali setelah lama tidak bertemu... Alhamdulillah dengan limpah kurnia-NYA iba berpeluang menulis walaupun satu entry dalam keadaan yang sangat buzy..

Seperti yang telah diumumkan di TV td, pengumuman esok raya... Sejujurnya iba xterasa esok raya walaupun kt rumah iba sekarang meriah... kenapa?? itu rahsia iba... ^_^  Seronoknya kalian yang dapat berpuasa di akhir ramadhan di saat ramadhan kian pergi... Bersyukurlah wahai umat islam sedunia... 

Takbir raya sudah bergema di masjid dr selepas isyak td... Iba boleh dengar takbir raya di masjid? msti la boleh sebab rumah iba betul2 depan masjid.. sebab tu la iba boleh dengar dengan jelas takbir... Menitis air mata iba... Ramadhanebel telah pergi meninggalkan kita.. Adakah tahun depan kita masih berpeluang beribadah dalam bulan yang mulia itu?? Semoga kita semua masih diberi peluang untuk merasai dan beribadah dalam bulan yang mulia itu tahun depan... amiinn....

Di kesempatan ini, iba nak sangat mengucapakan selamat hari raya kepada semua umat islam seluruh dunia dan terutama sekali pembaca blog iba sekalian... iba mintak maaf dari hujung rambut hinggalah hujung kaki... Semoga segala kesilapan dah kesalahan iba dapat dimaafkan...

Sebelum iba menghabiskan kata-kata, iba nk cerita sedikit perjalanan iba pada  1 syawal... Terdapat setengah family, dia relaks pada 1 syawal... tp tidak pada family iba... pd pagi 1 syawal setelah solat hari raya n selepas bermaaf-maafan sesama keluarga, family iba pergi berkumpul rumah makcik iba.. makcik iba ni, kakak sulung kepada abah iba.. Sebelum arwah nenek iba meninggal, kami berkumpul dirumah iba@rumah nenek.. apabila nenek dah meninggal, kami semua berkumpul di rumah anak yang sulung.. Alhamdulillah adik beradik abah masih balik kg mengikut giliran walaupun nenek sudah tiada.. berkumpul di rumah makcik kami bermaaf-maafan sesama family besar.. sekali dengan ziarah la 2... kemudian setelah makan n maaf2, kami bergerak pula rumah pkcik ( abang kpd abah iba ).. kami ziarah sebentar di situ.. kemudian kerumah mkcik iba( kakak kpd abah iba).. kemudian barula ke rumah iba.. kenapa rumah iba lmbat?? sebab abah iba adik yang paling muda yang berada di kampung... kt rumah iba la mereka makan tengah hari.. n sampai di rumah iba msti semasa zohor... setelah mereka semua bersurai, family iba bergegas ke rumah atuk iba di sg. apong.. ziarah sebentar di situ.. kemudian ziarah di rumah makcik2 sebelah mak iba pulak... sampai rumah selepas penat berziarah, waktu maghrib... begitulah yang terjadi kepada family iba pada 1 syawal... sgt2 penat n kenyang...


Huhu... banyak betul iba berceloteh... anda semua pulak macammana?? beh la kongsi penglaman 1 syawal anda dengan iba.. huhu.... ok... iba kne pergi dh ni.... iba nk tolong mak masak.. tkut2 t mak ngamuk pulak.. huhu... 

sekian....^_^



::SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN::

..Terima kasih sudi baca..