~ Hari raya datang kembali~

Assalamualaikum.... Salam dihulur untuk semua pembaca blog iba ni.. Alhamdulillah iba di beri peluang untuk menaip dalam blog ni lagi.. Alhamdulillah kita bertemu kembali setelah lama tidak bertemu... Alhamdulillah dengan limpah kurnia-NYA iba berpeluang menulis walaupun satu entry dalam keadaan yang sangat buzy..

Seperti yang telah diumumkan di TV td, pengumuman esok raya... Sejujurnya iba xterasa esok raya walaupun kt rumah iba sekarang meriah... kenapa?? itu rahsia iba... ^_^  Seronoknya kalian yang dapat berpuasa di akhir ramadhan di saat ramadhan kian pergi... Bersyukurlah wahai umat islam sedunia... 

Takbir raya sudah bergema di masjid dr selepas isyak td... Iba boleh dengar takbir raya di masjid? msti la boleh sebab rumah iba betul2 depan masjid.. sebab tu la iba boleh dengar dengan jelas takbir... Menitis air mata iba... Ramadhanebel telah pergi meninggalkan kita.. Adakah tahun depan kita masih berpeluang beribadah dalam bulan yang mulia itu?? Semoga kita semua masih diberi peluang untuk merasai dan beribadah dalam bulan yang mulia itu tahun depan... amiinn....

Di kesempatan ini, iba nak sangat mengucapakan selamat hari raya kepada semua umat islam seluruh dunia dan terutama sekali pembaca blog iba sekalian... iba mintak maaf dari hujung rambut hinggalah hujung kaki... Semoga segala kesilapan dah kesalahan iba dapat dimaafkan...

Sebelum iba menghabiskan kata-kata, iba nk cerita sedikit perjalanan iba pada  1 syawal... Terdapat setengah family, dia relaks pada 1 syawal... tp tidak pada family iba... pd pagi 1 syawal setelah solat hari raya n selepas bermaaf-maafan sesama keluarga, family iba pergi berkumpul rumah makcik iba.. makcik iba ni, kakak sulung kepada abah iba.. Sebelum arwah nenek iba meninggal, kami berkumpul dirumah iba@rumah nenek.. apabila nenek dah meninggal, kami semua berkumpul di rumah anak yang sulung.. Alhamdulillah adik beradik abah masih balik kg mengikut giliran walaupun nenek sudah tiada.. berkumpul di rumah makcik kami bermaaf-maafan sesama family besar.. sekali dengan ziarah la 2... kemudian setelah makan n maaf2, kami bergerak pula rumah pkcik ( abang kpd abah iba ).. kami ziarah sebentar di situ.. kemudian kerumah mkcik iba( kakak kpd abah iba).. kemudian barula ke rumah iba.. kenapa rumah iba lmbat?? sebab abah iba adik yang paling muda yang berada di kampung... kt rumah iba la mereka makan tengah hari.. n sampai di rumah iba msti semasa zohor... setelah mereka semua bersurai, family iba bergegas ke rumah atuk iba di sg. apong.. ziarah sebentar di situ.. kemudian ziarah di rumah makcik2 sebelah mak iba pulak... sampai rumah selepas penat berziarah, waktu maghrib... begitulah yang terjadi kepada family iba pada 1 syawal... sgt2 penat n kenyang...


Huhu... banyak betul iba berceloteh... anda semua pulak macammana?? beh la kongsi penglaman 1 syawal anda dengan iba.. huhu.... ok... iba kne pergi dh ni.... iba nk tolong mak masak.. tkut2 t mak ngamuk pulak.. huhu... 

sekian....^_^



::SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN::

..Terima kasih sudi baca..

~try~

Assalamualaikum.... Salam sejahtera kepada semua..... Alhamdulilah kita bertemu kembali dalam blog iba ni... Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi iba masih berpeluang merasa nikmat berpuasa di bulan yang mulia ini.. 

Sudah lama rasanya tidak update blog dengan entry2 baru... Alhamdulillag baru ada kesempatan.. Maklumla busy seorang ustazah.. huhu... Entry kali ini, mcm plik je kn?? try..... iba try apa? try tackel org ke? Astaghfirullah.... bulan puasa ni lebih baik jaga pandangan... begitu juga dengan bulan yang lain...

Iba try buat  felt craft.... Rasa seronok tengok org buat.. Maka iba pun menceburkan diri la.. kononnya nk asah bakat yang terpendam.. Tapi still masih blajar... Bila dapat buat, rasa happy sangat2 sebab tahu buat... huhu.. tapi xcantik mana la... Maklumla baru berkecimpung dalam bidang ni... Malam tadi lepas terawih iba buat..

karya iba yang pertama.. ni untuk adik yang tersayang..

pandangan belakangnya.. ada huruh "T".. "T" untuk Thoyyibah... adik bongsu iba..

dua hati yang dapat iba siapkan malan tadi.. dua2 untuk adik iba...

huhu... belakangnya ada huruf "A" dan huruf "T".. huruf "A" untuk anna.. 

yang ni brooch yang baru je siap tadi.... brooch bunga....

pandangan belakang brooch bunga iba...

yang ni keychain hp... nama dye bantal.. huhu... baru siap gak...

pandangan belakang keychain hp bantal... ada huruf "J" la... "J" untuk jibah @ "J" untuk jiha...
huhu.... Xthu nak bagi kt adik ke x... sbb dye masi xad hp..

Itula karya iba... huhu.... Iba bagi adik Iba terus dye letak dkt pencil box... huhu.. 


Wallahua'lam.....


^_^
  

..Terima kasih sudi baca..

~~berbuka di masjid~~

Assalamualikum... Salam pembuka bicara.. Alhamdulillah seluruh umat islam di atas muka bumi ini telah melewati puasa yang pertama di bulan ramadhan... Semoga hari ini segala amalan kita diterima ALLAH... amiinnnn... Alhamdulillah bersyukur kita  masih di pertemukan walaupun hanya sekadar dalam blog..

Seronok rasanya dapat menjalani ibadah puasa hari ini... Tapi janganlah kita tinggal solat terawih.. Alangkah ruginya bagi sesiapa yang meninggalkan terawih..


من قام رمضان إمانا واحتسابا غفرله ما تقدم من ذنبه
mafhumnya:: sesiapa yang mendirikan solat terawih  pada waktu malam ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan , maka  dosa yang lepas akan  diampunkan oleh ALLAH.  ( diriwayatkan oleh bukhari dan muslim )



Betapa ruginya bagi siapa yang tidak melakukan solat terawih.. Sungguh beruntung kaum adam 30 hari dapat menunaikan solat terawih... Maka bersyukurlah wahai kaum adam dan gunakanlah peluang yang hanya datang setahun sekali..

Seperti tahun yang lalu, dan tahun ini sudah masuk tahun yang ke 3 bagi kami warga kg tebuk jawa berbuka puasa di masjid.. Bermula 1 ramadhan hingga 29 ramadhan xsilap iba.. Sudah 2 tahun mak iba xmasak untuk buka puasa.. kami sekeluarga buka di masjid.. Rumah iba betul2 berada di hadapan masjid.. Makanya agak malu sekiranya kami tidak hadir berbuka di masjid.. Siapa yang menyediakan buka puasa di masjid?

Orang2 kampung la yang menyediakan buka puasa.. Setiap hari berganti orang yang buat buka puasa.. Sebenarnya orang2 kampung buat kenduri di masjid, mungkin kenduri arwah atau kenduri kesyukuran.. Mula pukul 6.45 petang, sudah ramai yang hadir ke masjid terutamanya orang yang kenduri hari itu.. Kenapa awal sgt? Ya lah, sebelum berbuka kami ada baca yasiin dan tahlil.. Kerana itulah ramai yang hadir awal ke masjid. 

Giliran family iba buat kenduri di masji minggu hadapan.. Ahad malam isnin.. Makanya hari ahad 2 akan di adakan rewang @ kejubus untuk buat makanan untuk berbuka puasa.... InsyaALLAH menunya ikan kembung masak tempoyak. Bukan ini sahaja menunya, ada lagi tetapi iba tidak tahu kerana itu hal orang2 tua (adik beradik abah)...

Moreh pun orang kampung yang bawak.. JKKK sudah bahagi2 giliran yang bawak moreh ke masjid.. Giliran family iba ada 5 hari.. 1, 8, 15, 22, 29 ogos 2011.. Itulah hari2 nya yang family iba kena bawak moreh ke masjid.. Meriah buka puasa di masjid tadi.. 

Esok iba dah start mengaja lagi, balik dari sekolah di awalkan.. balik pukul 5.30 petang.. Ustazah2 di sekolah masing2 jeles dengan iba dan emak.. Mana tidaknya, kami balik rumah terus rehat dan tidak perlu susah payah menyiapkan lauk untuk berbuka ketika penat.. Tetapi mereka, balik dari sekolah tidak sempat untuk berehat dan terus menyiapkan makanan berbuka untuk family tercinta walaupun dalam keadaan penat..

Cabaran iba di bulan ramadhan akan bermula esok.. Melayan kerenah anak murid yang macam2.. Semoga ALLAH memberi iba kesabaran yang sangat tinggi untuk bulan yang Mulia ini.. amiin...........




Moga ALLAH redha dengan apa yang kita lakukan....



^_^

..Terima kasih sudi baca..