~~ Selamat menyambut ramdhan al-mubarak~~

Assalamualaikum... Salam dihulur untuk pembaca yang iba kasihi... Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih mempertemukan kita.. Alhamdulillah ALLAH masih memberi iba nikmat bernafas... Alhamdulillah iba masih diberi peluang untuk beribadah di bulan mulia ini.. Iba berharap puasa kali ini adalah yang terbaik.. 

Sedar atau tidak kita sudah menghampiri bulan ramadhan atau dalam erti kata lain kita sudah pun memasuki bulan yang mulia ini.. Malam ini semua umat Islam seluruh dunia sudah melakukan solat terawih.. Seronok rasanya jika dapat melakukan solat terawih malam pertama dan puasa hari pertama.. Bagi iba sungguh bermakna.. Tetapi bagi kaum muslimat, agak mustahil untuk sentiasa mendapat puasa di hari pertama bulan ramadhan dan solat terawih malam pertama... 

Seronok dan bahagianya umat islam di dunia ini kerana berada dalam bulan yang kita semua rindui.. Sejujurnya iba sungguh gembira kerana iba masih diberi peluang untuk beribadah di bulan yang mulia ni.. Iba bahagia sangat dan tidak sabar rasanya untuk berpuasa... Alangkah seronoknya dapat puasa penuh di bulan ramadhan.. Tetapi bagi kaum muslimat kami diberi rehat.. Sedih rasanya xdapat berpuasa di awal ramadhan..

Ayuh pembaca-pembaca, sahabat-sahabat yang iba kasihi, janganlah sia-sia kan kehadiran bulan yang mulia ini.. Bulan ramadhan hanya datang setahun sekali.. Belum tentu kita semua akan bertemu kembali dengan bulan ramadhan ini.. Maka jadikan lah puasa kali ini sebaik2 amalan anda semua.. Jadikan bulan ini tempat kita semua menambahkan iman kita.. 


~~ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK~~


" Sujud dahi mencecah bumi,
  tanda syukur kebesaran Ilahi;
  Ramadhan al-mubarak datang lagi,
  Bersamalah kita menambah iman di hati "







:: SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KEPADA UMAT ISLAM DI MUKA BUMI ALLAH INI ::





^_^


..Terima kasih sudi baca..