Mengelak gastrik..

Assalamualaikum... Salam dihulur tanda kasih yang tidak terhingga... Alhamdulillah syukur ke atas segala nikmat yang telah diberi.. Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk menulis dan berceloteh.. Alhamdulillah saya masih berpeluang untuk bertemu reader yang saya kasihi...

Entry kali adal untukperkongsian bersama.. Semoga perkongsian saya kali ini membawa faedah pada semua.. Insya-ALLAH...

Saya teringat kawan saya ada menanyakan mengenai gastrik.. Barangkali beliau kena gastrik.. Kebetulan saya ada baca sebuah blog mengenai cara-cara mengelak gastrik... Pepatah ada menyebut, " mencegah lebih baik dari mengubati.."

Tips untuk mengelak gastrik :
1. Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut.


2. Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.


3. Kurangkan minum minuman beralkohol. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah. ( bagi orang bukan islam )


4. Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.


5. Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.


6. Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan.


7. Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk.


8. Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan simptom gastrik.
Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.


9. Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik. Tekanan juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit.


Info ini saya dapat dari blog "KURUS LANGSING SIHAT CANTIK.."  Terima kasih untuk info yang berguna...  Credit to owner blog...




^_^

..Terima kasih sudi baca..