~~ Selamat menyambut ramdhan al-mubarak~~

Assalamualaikum... Salam dihulur untuk pembaca yang iba kasihi... Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih mempertemukan kita.. Alhamdulillah ALLAH masih memberi iba nikmat bernafas... Alhamdulillah iba masih diberi peluang untuk beribadah di bulan mulia ini.. Iba berharap puasa kali ini adalah yang terbaik.. 

Sedar atau tidak kita sudah menghampiri bulan ramadhan atau dalam erti kata lain kita sudah pun memasuki bulan yang mulia ini.. Malam ini semua umat Islam seluruh dunia sudah melakukan solat terawih.. Seronok rasanya jika dapat melakukan solat terawih malam pertama dan puasa hari pertama.. Bagi iba sungguh bermakna.. Tetapi bagi kaum muslimat, agak mustahil untuk sentiasa mendapat puasa di hari pertama bulan ramadhan dan solat terawih malam pertama... 

Seronok dan bahagianya umat islam di dunia ini kerana berada dalam bulan yang kita semua rindui.. Sejujurnya iba sungguh gembira kerana iba masih diberi peluang untuk beribadah di bulan yang mulia ni.. Iba bahagia sangat dan tidak sabar rasanya untuk berpuasa... Alangkah seronoknya dapat puasa penuh di bulan ramadhan.. Tetapi bagi kaum muslimat kami diberi rehat.. Sedih rasanya xdapat berpuasa di awal ramadhan..

Ayuh pembaca-pembaca, sahabat-sahabat yang iba kasihi, janganlah sia-sia kan kehadiran bulan yang mulia ini.. Bulan ramadhan hanya datang setahun sekali.. Belum tentu kita semua akan bertemu kembali dengan bulan ramadhan ini.. Maka jadikan lah puasa kali ini sebaik2 amalan anda semua.. Jadikan bulan ini tempat kita semua menambahkan iman kita.. 


~~ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK~~


" Sujud dahi mencecah bumi,
  tanda syukur kebesaran Ilahi;
  Ramadhan al-mubarak datang lagi,
  Bersamalah kita menambah iman di hati "







:: SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KEPADA UMAT ISLAM DI MUKA BUMI ALLAH INI ::





^_^


..Terima kasih sudi baca..

Mengelak gastrik..

Assalamualaikum... Salam dihulur tanda kasih yang tidak terhingga... Alhamdulillah syukur ke atas segala nikmat yang telah diberi.. Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk menulis dan berceloteh.. Alhamdulillah saya masih berpeluang untuk bertemu reader yang saya kasihi...

Entry kali adal untukperkongsian bersama.. Semoga perkongsian saya kali ini membawa faedah pada semua.. Insya-ALLAH...

Saya teringat kawan saya ada menanyakan mengenai gastrik.. Barangkali beliau kena gastrik.. Kebetulan saya ada baca sebuah blog mengenai cara-cara mengelak gastrik... Pepatah ada menyebut, " mencegah lebih baik dari mengubati.."

Tips untuk mengelak gastrik :
1. Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut.


2. Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.


3. Kurangkan minum minuman beralkohol. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah. ( bagi orang bukan islam )


4. Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.


5. Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.


6. Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan.


7. Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk.


8. Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan simptom gastrik.
Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.


9. Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik. Tekanan juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit.


Info ini saya dapat dari blog "KURUS LANGSING SIHAT CANTIK.."  Terima kasih untuk info yang berguna...  Credit to owner blog...




^_^

..Terima kasih sudi baca..

sains politik islam..... kolej 9...

Assalamualaikum w.b.t.... Salam dihulur sebagai pembuka bicara.. Alhamdulillah dengan rahma-NYA kita masih di beri peluang untuk bertemu kembali dalam blog bicara hati... Alhamdulillah syukur saya ucapkan dengan segala nikmat yang telah diberi...Alahmdulillah saya masih berpeluang untuk menulis alam entry kali ini..

Petang tadi di SRA Simpang 4 BNO adamengadakan majlis bacaan yasiin sempena nisfu sya'ban.. Majlis bermula pukul 3 petang tadi.. Makanya kami guru2 kejubus atau rewang bersama2 untuk membuat bubur asyura.. 

Sebenarnya bukan nak bercerita pasal rewang ni.. tapi..... jeng3...... Ok.. Lihat tajuk entry saya... Sains politik islam... kolej 9.... Sainspolitik islam adalah kos yang ditawarkan oleh pihak Universiti Malaya... Kolej 9 pula ialah kolej kediaman saya... 

Sewaktu majlis sedang berlangsung, sahabat saya msg saya dan bertanya mengenai berikut... Saya agak terkejutdan begitu teruja untuk mengetahui.. Makanya, balik dari sekolahpukul 6.45 petang tadi, terus buka laman web um... 



Lihat dalam bulatan merah... saya mendengar khabar, katanya kolej 9 ada di luar.. dan jauh dari API ( akademi pengajian islam )... Tetapi adakah benar khabar yang telah saya dengar? hati dah mula gundah gulana.. Mana tidaknya... Kecewa tidak bersama sahabat ketika di APIUMNP ( akademi pengajian islam universiti malaya, nilam puri )... 



Bagi yang tidak nampak peta UM ni, boleh la klik gmbar kt atas ni..  Ok... lihat gambar yang saya bulatkan tu...  Yang bawah tu kolej 9... tengok... Kedudukan dia memag di luar gate...  Yang atas pulak, API... Lihatlah.... Jauhkan.... 

Ada hikmah ALLAH meletakkan mencampakkan saya di kolej 9... Mungkin ini salah 1 cara Allah memakbulkan doa saya iaitu kurus... andaikata saya berjalan pergi dan balik dari kuliah dan mengambil masa sekitar 20 minit, berapa banyak kalori dan lemak2 saya terbakar... Apa2 Pun.. Alhamdulillah syukur saya panjatkan...



Wallahualam.............

..Terima kasih sudi baca..

Sedang dibaik pulih..

Assalamualaikum... salam sejahtera... Salam dihulur sebagai pembuka bicara.. Alhamdulillah... Alhamdulillah kita masih dipertemukan dalam blog ini..

Entry kali ini pendek sahaja... Cuma untuk pemberitahuan... Blog saya sedang dibaik pulih.. xsempat nak edit hari ni.. kerana sudah masa untuk memasak, untuk bersiap pergi ke tempat keje.. makanya akan disambung malam nanti...

Wallahua'lam.......

..Terima kasih sudi baca..

Adat dia lain, adat kita lain..

Assalamualaikum.... Salam dihulur untuk pembaca sekalian... Alhamdulillah dengan limpah kurniaNYA kita dapat bertemu kembali dalam blog.. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kerana apabila saya membuka mata subuh tadi, saya masih bernafas.. Lantas saya membaca doa bangun tidur.. Alhamdulillah ALLAH masih memberi peluang kepada saya untuk merasai nikmat yang paling besar iaitu nikmat bernafas...Alhamdulillah sekali lagi saya panjatkan kesyukuran, apabila saya membuka mata subuh tadi, saya masih melihat seisi keluarga saya... Satu lagi nikmat yang besar yang ALLAH telah beri pada saya.. Dan saya percaya, pasti bukan saya sahaja yang merasainya bahkan pembaca2 sekalian...

Muqaddimah yang sungguh panjang... Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk mencoret sesuatu di dalam blog ini.. Tajuk entry saya kali ini, " Adat dia lain, adat kita lain ".. Adat apa yang saya maksudkan? Adat ketika kenduri, adat berinai, adat perkahwinan? Tidak kisah lah anda sekalian nak berbahas adat-adat lain.. tetapi saya adat yang saya maksudkan, adat perkahwinan.. Seperti yang kita sudah maklum, Adat sesuatu kaum itu berbeza.. Adat orang banjar lain, adat orang jawa lain, adat orang melayu lain, adat orang cina lain dan seterusnya.. Saya bukan nak bercerita mengenai perbezaan adat... Tetapi saya nak bercerita apa yang telah saya lihat..

Pada tanggal  18 JUN saya telah bergerak pergi ke pahang.. seperti yang telah saya beritahu di facebook...
Lihat gambar di bawah dan saya bulatkan tarikh post 2... sebagai barang bukti saya pergi pada 18 JUN..



Gambar di atas mengatakan saya balik tempat kelahiran sayakan? memang saya balik tempat kelahiran saya pun... siap lalu depan rumah yang saya tinggal masa berumur 1-4 tahun ... Tujuan kami sekeluarga ke pahang sebenarnya untuk menghadiri majlis perkahwinan anak murid abah.. Rumah pengantin satu jalan dengan bekas rumah saya dulu..

Ketika kami sekeluarga sudah siap makan, kak fizah(anak murid abah @ pengantin perempuan ) suruh tunggu sekejap.. tunggu pengantin laki keluar dari rumah sebelah, rindu katanya nak sembang2 dengan abah... Maka kami pun tunggu la kt luar rumah sambil-sambil nk tengok pengantin laki keluar dari rumah sebelah.. Penganti laki tu orang sabah or serawak.. xpasti yang mana satu sabah or sarawak.. Keluarga pengantin laki pinjam rumah sebelah pengantin perempuan.. Kata pengantin permpuan @anak murid abah, pengantin laki xboleh jejak tanah.. tapi kami xfaham apa yang di maksudkannya maka kami hanya senyum je la..

gambar bersama kak fizah(pengantin perempuan@anak murid abah)


Sementara kami tengah tunggu, nampak pengantin laki dah nak keluar rumah.. tapi.... Alangkah peliknya saya, pengantin laki tadi tidak berjalan bahkan di kendong.. ala-ala raja yang naik tandu.. tapi xada tandunya.. Pengantin laki tadi di kendong oleh 2 orang laki yang agak besar badannya..


kami tunggu di tengah2 panas.. lihat.. brkerut muka orang belakang tu tahan panas..huhu



ala-ala naik tandu gitu...


Ahli-ahli keluarga pengantin perempuan masing-masing cakap, " adat orang sana la ni... xboleh jejak tanah..".. maka... baru lah saya faham apa yang dimaksudkan oleh pengantin perempuan tadi... Agak terkejut dan pelik saya lihat... Tapi seronok juga kerana lain dari yang lain.. SERU bak kata orang endon... huhuhu


yang ni, ble dah sampai untuk berjumpa pengantin perempuan baru jejak tanah..


Kalian jangan la pelik macam saya pulak ye... Saya memang pantang nampak benda yang lain dari yang biasa.. yang kelakar masa tengok pengantin laki dikendong, adik bongsu saya bisik2 dengan saya.. siap buat gaya berbisik lagi... dia cakap " pengantin laki dikendong tapi pengantin perempuan x ".. tergelak saya dengan gelagat dia...

lebih kurang cam ni la...



..Terima kasih sudi baca..

Bertemu kembali setelah 28 tahun tidak bertemu...

Assalamualaikum  wbt.... Salam dihulur untuk pembaca yang dikasihi... Mulakan hari anda dengan senyuman yang sungguh manis... Alhamdulillah syukur kepada Ilahi... Saya masih merasai sebesar-besar nikmat yang telah diberi... Alhamdulilah... Sudah lama rasanya tidak menaip... Rasa kekok pula untuk menaip... Tetapi alhamdulillah saya mempunyai tangan untuk menaip..

Entry saya kali ini, " Bertemu kembali setelah 28 tahun tidak bertemu... ".. Entry ini melibatkan ibunda tercinta saya iaitu Tun Sri Fatimah BT Parman.. Semalam mak saya menghadiri satu majlis reunion yang dianjurkan oleh rakannya sendir.. Lokasi reunion di Hotel De Palma, shah alam... Start majlis  pukul 8 malam...

Sebenarnya mak saya berbelah bagi hatinya samaada nak pergi atau tidak.. Risau hatinya memikirkan anak-anak di rumah apatah lagi majlisnya mula pukul 8 malam.. Saya nampak kesedihan dimata mak tidak dapat hadir.. Kawan mak pula xsudah2 mengirim sms memujuk supaya mak dapat hadirkan diri, serta menyuruh mak memujuk abah supaya pergi sekali..

Alasan mak pasti anak-anak... Begitulah hati seorang ibu.. Walaupun mak teringin sangat nak pergi, teringin sangat nk jumpa kawan-kawan.. sudah 28 tahun mereka tidak berjumpa.. Sekiranya mak tidak menghadirkan diri, pasti mak sedih... kerana tidak tahu kapan arek ketemu meneh..

Pada petang rabu, selepas balik dari sekolah, mak bercerita kepada abah mengenai kawannya yang sering sms memujuk mak pergi.. Abah jawab, jom la pergi... Tapi mak cakap, macam mana dengan anak-anak... Sucinya hati seorang ibu.... Difikirannya sentiasa ada anak-anak.. Lantas saya menyampuk, " mak pergi je la.. adik-adik mak xpayah la risau.. kita ada.. ".. Sebagai seorang anak yang sulung, tugas untuk menjaga adik-adiknya dan memastikan adik-adiknya dalam keadaan yang selamat..

Akhirnya mak pergi juga.. mak dengan abah balik pukul 2.30 pg tadi.. Alhamdulillah mak abah dah balik cetus hati saya mendengar kereta abah masuk parking... Pagi ni, mak kejut saya awal-awal pagi.. Mak nak tunjuk sesuatu pada saya.. para pembaca sekalian, mak saya tunjuk hamper yag besar.. Seronk saya lihat mak saya happy.. Happy betul mak saya hari ini.. Ceria mukanya... Manakan tidak.. Bertemu kembali setelah 28 tahun tidak bertemu... Senang hati saya lihat mak happy.... pasti mak lepaskan rindu dengan kawan-kawannya semalam....


wmak bersama rakan2nya



batch SRP '83 SAMTSSAAS



P/s:: SRP = PMR... gambar di atas batch SRP'83 mak saya...






Cukup setakat ini... penat berceloteh.... 

..Terima kasih sudi baca..