Selamat kembali bertugas

Bismillah.. Assalamualaikum.. Salam dihulur untuk pembaca-pembaca yang saya kasihi... Alhamdulillah dengan limpah kurnia-NYA, kita masih dapat bertemu dalam arena berblog.. Alhamdulillah saya masih di beri peluang untuk berceloteh.. Terima kasih kepada pembaca2 yang saya kasihi kerana sudi membaca entry kali ini...

Alhamdulillah.. sudah dua hari saya menjadi seorang pendidik di SRA Simpang 4 BNO.. Penat tidak terkata... Segala rasa bercampur baur.. semalam hari pertama saya mula menjadi pendidik.. Ada Seorang ustazah(rakan setugas) menyalami saya dan berkata "SELAMAT KEMBALI BERTUGAS"..

Seronok rasanya dapat kembali mengajar di sekolah yang sama.. Murid-murid semua apabila saya memperkenalkan diri, masing-masing tersenyum dan bercakap(seolah berbisik2) dengan orang sebelah..

 Saya memperkenalkan diri kepada murid-murid, " NAMA USTAZAH FASIHAH AL-MUJIBAH BINTI AHMAD SIBAWEH ".. Dengan bangga saya memperkenalkan diri lagi-lagi apabila menyebut nama abah saya dan emak saya.. Kerana mejoriti murid di sekolah itu mengenal abah dan emak saya... Siapa yang tidak kenal ustazah Tun Sri Fatimah bt Parman.. Masing-masing kenal emak saya kerana mak saya mengajar di sekolah yang sama dengan saya..

Seperti mana yang saya ceritakan tadi, apabila saya memperkenalkan diri, masing2 berbisik dengan kawan sebelah.. Ini kerana mereka mendengar nama abah saya Ahmad Sibaweh.. Saya hanya tersenyum melihat gelagat mereka.. Mejoriti murid2 juga mengenali abah saya.. Siapa yang tidak kenal dengan Cikgu Ahmad.. Mendengar bunyi tapak kasutnya sahaja murid2 yang bising menjadi senyap.. Sebenarnya, abah saya mengajar di SK Simpang 4 BNO.. Makanya murid2 yang bersekolah pagi di sana, pasti mengenal abah saya.. Sehinggakan ada salah seorang murid abah dan emak saya yang pernah kena lempang dengan mereka, dia cakap "PELEMPANG CIKGU AHMAD DENGAN USTAZAH TUN SRI SAMA KUATNYA"... ^_^
..Terima kasih sudi baca..