Sekuntum mawar putih buat ibu

hasil karya : Fasihah Al-mujibah

 Gergasi putih itu meluncur laju membelah ruang angkasa. Penumpang di dalam duduk dengan teratur dalam suasana yang tenang. Pramugara dan Pramugari yang terlibat dengan penerbangan tidak henti-henti menghadiahkan senyuman yang sungguh manis untuk para penumpang-penumpang. Walaupun penat melayan penumpang yang pelbagai ragam, mereka tetap dengan senyuman yang manis.

     Disatu sudut, kelihatan seorang gadis yang sedang tekun membaca buku yang ditulis oleh seorang pengarang terkenal " Francine Pascal's " benar-benar membuat dia tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya.


     "Pengumuman! Sekarang kita berada pada ketinggian 670 000 meter dari aras laut. Di bawah sana keliatan Gunung Fuji iaitu gunung tertinggi di negara Jepun." Pengumuman yang diberi oleh ketua pramugara ketika pesawat melintasi negara Jepun benar-benar menghilangkan minatnya untuk terus membaca.


         Amy mengalihkan pandangannya ke luar tingkap, namun tiada apa-apa yang dilihatnya melainkan awan putih. Terbayang di fikirannya wajah ibu dan adik-adik. "Mesti ibu gembira menyambut ku nanti", desis hati kecilnya.


        Amy mencongak, sudah lebih 5 tahun ia tidak pulang ke tanah airnya. Pasti pelbagai perubahan dan pembaharuan yang telah berlaku di kampungnya. Kesibukan mengulangkaji pelajaran, menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk pulang ke tanah airnya. dia juga tidak mampu menanggung kos perbelanjaannya untuk pulang. Dia hanya menghubungi keluarga melalui telefon ataupun email dan webcam. 


        Kini, setelah lebih 5 tahun dia merantau di negara orang, dia pulang dengan membawa segulung ijazah yang diidamkannya. Kejayaan Amy bukan sahaja menjadi kebanggan keluarganya malah orang-orang kampungnya juga turut berbesar hati kerana Amy merupakan anak gadis pertama dari kampung itu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kini, bertambahlah doktor melayu di Malaysia.


         Amy mencapai mawar putih yang diletakkan di atas ribanya. Mawar putih ini akan dihadiahkan kepada ibunya. Semasa merayau-rayau di Amsterdam semalam, mawar putih itu telah menarik perhatiannya. " Akan ku hadiahkan mawar ini buat ibu", bisik hati kecilnya.


          Ibu telah banyak berkorban untuk keluarga. Selepas kematian ayah 13 tahun lalu, ibu yang bertungkus-lumus mencari rezeki. Amy sebagai anak sulung bertanggungjawab membantu ibu dan adik-adiknya yang seramai 6 orang. Sehinggan pernah tedetik dihatinya untuk berhenti sekolah bagi membantu ibu mencari rezeki tetapi ibunya membantah keras niatnya.


           Amy membelek-belek kertas ucapan yang terlekat dibatang bunga mawar putih itu. Dia membaca kata-kata yang tercatat di situ, sambil tersenyum manis. Amy memejamkan matanya. Sayup-sayup kedengaran jerit peik penumpang seperti pasar ikan dan terasa gegaran pesawat itu. Kapal terbang itu menjunam laju menyembah bumi.


            Sekumpulan pasukan penyelamat sibuk mencari mangsa-mangsa yang terlibat dengan tragedi ngeri itu. Agak sukar petugas mengenal pasti mangsa-mangsa ini kerana hampir kesemuanya rentung. Dicelah cebisan-cebisan daging terdapat sekuntum mawar putih yang erat di dalam genggaman seseorang. Tertulis di situ, "ISTIMEWA BUAT IBU TERSAYANG".
..Terima kasih sudi baca..