perbezaan lala dan remis..

Assalamualaikum.... Salam dihulur buat pembaca2, sahabat2, yang sudi bertandang ke blog saya.. Alhamdulillah dengan limpah kurnia-NYA saya masih di beri peluang untuk berceloteh kembali.. harap sahabat2 tidak lah bosan dengan celoteh-celoteh saya..

Hari ni, tajuk entry saya PERBEZAAN LALA DAN REMIS... lala? remis? mungkin ad yang memberi nama lain.. or maybe ada yang mengatakan lala n remis sama sahaja... Nama lala n remis ni yang selalu family sebut... Kenapa entry kali ini mengenai lala dan remis?

Sebenarnya hari ini saya masak lala.. masa tengah masak itu la, saya teringat waktu zaman sekolah menengah dahulu.. kawan2 saya mengatakan lala dan remis itu sama sahaja.. tapi bagi saya dan family, mereka berbeza.. mereka ada perbezaan.. walaupun rasanya agak sama, dan mereka ini boleh dikategorikan sebagai adik beradik atau sepupu sepapat...

Jom kembali ke topik asal... Lala dan remis ni hidup di pantai.. mereka bukan hidup di lumpur pantai tetapi mereka hidup di persisiran pantai, dalam pasir pantai.. tetapi pasir pantai yang apabila air tengah pasang pasir tersebut ditutupi oleh air pantai dan apabila air surut pasir pun kelihatan.. Bagaimana hendak mencari lala dan remis? Senang sahaja sahabat2..

Ketika kalian berjalan-jalan di tepi pantai, dan terasa bosan, kalian boleh la cari-cari ranting-ranting kayu yang kecil.. kemudian kalian gali la pasir yang saya terangkan di atas yang di mana sang lala dan remis tinggal.. kalian gali-gali, pasti akan jumpa.. andaikata kalian dah gali-gali tetapi tidak jumpa, jangan sesekali kalian berfikiran saya bohong... andaikata kalian dh gali tapi tiada, berpindah lah ke tempat yang lain, dan gali la semula..

Sahabat-sahabat, ALLAH menciptakan sesuatu itu pasti tidak akan sia-sia.. begitu juga ALLAH menciptakan lala dan remis... Memang sang lala dan remis ini ada di jual.. tapi harganya maybe 1kg rm6.. mahal bukan? Seperti kebiasaan, apabila sudah tiba hujung-hujung bulan, sambil menunggu gaji masuk, duit di poket tinggal berapa sahaja.. lagi-lagi yang sudah berkeluarga dan beranak ramai.. Mungkin family kalian tidak begitu, tetapi family lain, kita tidak tahu.. Maka, di hujung-hujung bulan tu, boleh la pergi ke pantai dan mencari lala dan remis.. nk cari pun tidak susah...

Lagi pula, hasil yang kita dapat dari usaha yang kita lakukan pasti amat berpuas hati... walaupun penat lelah berusaha tapi apabila mendapat hasil, pasti berpuas hati.. begitu juga dengan mencari sang lal dan remis ini.. hasi yang kita usaha sendiri dengan hasil yang kita beli, pasti beza perasaan itu..

Panjang pula berceloteh... huhuhu... ok la... Kembali ke topik asal.. Sang lala dan remis ini berbeza.. dengan melihat cengkerangnya sahaja sudah dapat bezakan...

SANG LALA

        * Cengkerangnya berwarna hijau lumut                
            * Cengkerangnya agak nipis sedikit
            * Cengkerangnya tiada corak






SANG REMIS


             * Cengkerangnya agak tebal
             * Cengkerangnya bercorak-corak dan pelbagai warna





Andai ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya, boleh la kalian komen dan nyatakan pendapat kalian pula....^_^



lihat perbezaannya.....^_^



..Terima kasih sudi baca..