Bangkai nyamuk..

Assalamualikum... Salam sejahtera untuk semua... Salam pembuka bicara.. Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk bernafas, untuk memijak bumi ALLAH yang serba luas ini.. Alhamdulillah bersyukur kita kerana masih dipertemukan dalam arena berblog.. Terima kasih kpd sahabat2, pembaca2 yang sudi singgah blog yang tidak seberapa ini..

Lihat lah tajuk entry saya kali ini.." Bangkai nyamuk ".. Sedikit perkongsian untuk semua..Sebenarnya saya selalu tertanya-tanya, " ADAKAH NYAMUK APABILA MATI DIKIRA BANGKAI? ADAKAH BANGKAI NYAMUK NAJIS DAN SAH UNTUK BUAT SOLAT? ".. Kenapa boleh timbul persoalan macam ini?

Sebenarnya sahabat-sahabat, hobi sampingan saya atau saya memang suka sangat la buat kerja ni... Saya suka sangat3 melenyek nyamuk.. Apabila hari mula senja, saya pun bukak pintu dapur dan saya tunggu di depan pintu dapur untuk membunuh nyamuk yang hinggap di kaki saya.. Ataupun ketika masuk bilik air untuk mengambil wudu', saya suka sangat3 menunggu sebentar untuk membunuh nyamuk..

Disebabkan hobi sampingan ini la, saya merasa was-was dan ragu.. Kerana apabila saya telah mengambil air wudu', saya keluar bilik air ternampak nyamuk, maka, jadi mangsa saya lah dan terus dibunuh , dan saya terus menunaikan solat.. ketika saya sedang mencari jawapan, akhirnya saya bertemu juga....

Untuk makluman sahabat2, bangkai binatang yang tidak mempunyai darah mengalir seperti nyamuk, lalat ataupun semut adalah suci.. Ini bermaksud nyamuk yang telah dilenyekkan adalah suci dan tidak di sebut bangkai.. Pendapat ini disokong oleh jumhur ulama'..


Berkata Ibnul Mudzir :: "Tidak saya ketahui adanya pertikaian tentang sucinya apa yang disebutkan tadi,  kecuali apa yang diriwayatkan dari Syafi’i. Dan yang lebih popular dan madzhabnya ialah najis, hanya dimaafkan bila jatuh dalam cecair selama cecair  itu tidak berubah kerananya"..


 Namun pendapat jumhur lebih kuat, yakni ia tidak najis kerana ia binatang yg tidak mengalir darah. Oleh itu sah solat jika dibawa sembahyang... makanya, nyamuk bukan bangkai dan sah jika dipakaian solat kita terkena nyamuk yang dah mati.. Lagi pula, nyamuk adalah sejenis serangga yang tidak mengalirkan darah.. andaikata pembaca2 terpukul nyamuk dan ada darah, makanya, darah itu bukanlah darah nyamuk akan tetapi darah yang dihisap oleh nyamuk tadi...

Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui..


..Terima kasih sudi baca..