Bangkai nyamuk..

Assalamualikum... Salam sejahtera untuk semua... Salam pembuka bicara.. Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk bernafas, untuk memijak bumi ALLAH yang serba luas ini.. Alhamdulillah bersyukur kita kerana masih dipertemukan dalam arena berblog.. Terima kasih kpd sahabat2, pembaca2 yang sudi singgah blog yang tidak seberapa ini..

Lihat lah tajuk entry saya kali ini.." Bangkai nyamuk ".. Sedikit perkongsian untuk semua..Sebenarnya saya selalu tertanya-tanya, " ADAKAH NYAMUK APABILA MATI DIKIRA BANGKAI? ADAKAH BANGKAI NYAMUK NAJIS DAN SAH UNTUK BUAT SOLAT? ".. Kenapa boleh timbul persoalan macam ini?

Sebenarnya sahabat-sahabat, hobi sampingan saya atau saya memang suka sangat la buat kerja ni... Saya suka sangat3 melenyek nyamuk.. Apabila hari mula senja, saya pun bukak pintu dapur dan saya tunggu di depan pintu dapur untuk membunuh nyamuk yang hinggap di kaki saya.. Ataupun ketika masuk bilik air untuk mengambil wudu', saya suka sangat3 menunggu sebentar untuk membunuh nyamuk..

Disebabkan hobi sampingan ini la, saya merasa was-was dan ragu.. Kerana apabila saya telah mengambil air wudu', saya keluar bilik air ternampak nyamuk, maka, jadi mangsa saya lah dan terus dibunuh , dan saya terus menunaikan solat.. ketika saya sedang mencari jawapan, akhirnya saya bertemu juga....

Untuk makluman sahabat2, bangkai binatang yang tidak mempunyai darah mengalir seperti nyamuk, lalat ataupun semut adalah suci.. Ini bermaksud nyamuk yang telah dilenyekkan adalah suci dan tidak di sebut bangkai.. Pendapat ini disokong oleh jumhur ulama'..


Berkata Ibnul Mudzir :: "Tidak saya ketahui adanya pertikaian tentang sucinya apa yang disebutkan tadi,  kecuali apa yang diriwayatkan dari Syafi’i. Dan yang lebih popular dan madzhabnya ialah najis, hanya dimaafkan bila jatuh dalam cecair selama cecair  itu tidak berubah kerananya"..


 Namun pendapat jumhur lebih kuat, yakni ia tidak najis kerana ia binatang yg tidak mengalir darah. Oleh itu sah solat jika dibawa sembahyang... makanya, nyamuk bukan bangkai dan sah jika dipakaian solat kita terkena nyamuk yang dah mati.. Lagi pula, nyamuk adalah sejenis serangga yang tidak mengalirkan darah.. andaikata pembaca2 terpukul nyamuk dan ada darah, makanya, darah itu bukanlah darah nyamuk akan tetapi darah yang dihisap oleh nyamuk tadi...

Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui..


..Terima kasih sudi baca..

Selamat kembali bertugas

Bismillah.. Assalamualaikum.. Salam dihulur untuk pembaca-pembaca yang saya kasihi... Alhamdulillah dengan limpah kurnia-NYA, kita masih dapat bertemu dalam arena berblog.. Alhamdulillah saya masih di beri peluang untuk berceloteh.. Terima kasih kepada pembaca2 yang saya kasihi kerana sudi membaca entry kali ini...

Alhamdulillah.. sudah dua hari saya menjadi seorang pendidik di SRA Simpang 4 BNO.. Penat tidak terkata... Segala rasa bercampur baur.. semalam hari pertama saya mula menjadi pendidik.. Ada Seorang ustazah(rakan setugas) menyalami saya dan berkata "SELAMAT KEMBALI BERTUGAS"..

Seronok rasanya dapat kembali mengajar di sekolah yang sama.. Murid-murid semua apabila saya memperkenalkan diri, masing-masing tersenyum dan bercakap(seolah berbisik2) dengan orang sebelah..

 Saya memperkenalkan diri kepada murid-murid, " NAMA USTAZAH FASIHAH AL-MUJIBAH BINTI AHMAD SIBAWEH ".. Dengan bangga saya memperkenalkan diri lagi-lagi apabila menyebut nama abah saya dan emak saya.. Kerana mejoriti murid di sekolah itu mengenal abah dan emak saya... Siapa yang tidak kenal ustazah Tun Sri Fatimah bt Parman.. Masing-masing kenal emak saya kerana mak saya mengajar di sekolah yang sama dengan saya..

Seperti mana yang saya ceritakan tadi, apabila saya memperkenalkan diri, masing2 berbisik dengan kawan sebelah.. Ini kerana mereka mendengar nama abah saya Ahmad Sibaweh.. Saya hanya tersenyum melihat gelagat mereka.. Mejoriti murid2 juga mengenali abah saya.. Siapa yang tidak kenal dengan Cikgu Ahmad.. Mendengar bunyi tapak kasutnya sahaja murid2 yang bising menjadi senyap.. Sebenarnya, abah saya mengajar di SK Simpang 4 BNO.. Makanya murid2 yang bersekolah pagi di sana, pasti mengenal abah saya.. Sehinggakan ada salah seorang murid abah dan emak saya yang pernah kena lempang dengan mereka, dia cakap "PELEMPANG CIKGU AHMAD DENGAN USTAZAH TUN SRI SAMA KUATNYA"... ^_^
..Terima kasih sudi baca..

anda bagi gambar prince bagi rm50...3

Sambungan contest untuk anda bagi gambar prince bagi rm50..
Kategori yang seterusnya...



KATEGORI GAMBAR KETIKA MELANCONG




Gambar ni bersama rakan-rakan universiti ketika melancong di langkawi..Ketika ini, berada di dalam kawasan makan mahsuri... Gambar ini di ambil ketika sedang berteduh time hujan... sempat lagi kami berposing..


Yang ni pun sama cam atas gak.. Gambar ni di ambil dalam kawasam cable car.. kononnya time ni nak naik cable car tapi hujan pulak.. so, xjadi naik.. kami pun posing la.. hari last di langkawi...^_^



Gambar kami dalam bot.. Masa ni kami keliling pulau.. best maik bot.. first time naik bot... lihatlah muka2 ceria kami pergi melancong bersama...



Gambar kami mula2 smpai di pulau.. xingat nama pulau ni... tapi time ni semua seluar basah
belah bawahnya... yela.. mana x nya.. lompat dari bot.. tinggi 2... tu yang masing2 basah seluarnya...


huhuhu... Sampai sini je... khas untuk contest taw.... tidak bersambung dah..... heheheh^_^
..Terima kasih sudi baca..

anda bagi gambar prince bagi rm50....2

Sambungan contest untuk anda bagi gambar prince bagi rm50..


KATEGORI SEWAKTU ZAMAN PERSEKOLAHAN




Ni ganbar masa saya tingkatan lima.. ni semua rakan sekelas saya... rindu kt diorang semua... dah tiga tahun xjumpa... mesti plik kn knp pki bju bebas.. time ni kat sekolah ada buat majlis hari raya xsilap... alahai... dh lupa dah.. 3 tahun yang lepas gambar ni.. tapi ada lagi kawan sekelas yang xada time ni... diorang yang tiada dalam gambar ni. tengah makan kat dewan makan..


Gambar ni pulak, gambar ni time jamuan last khas untuk tingkatan 5... ni gambar rakan2 sekelas saya.. kenangan terakhir bersama mereka... time ni lagi seminggu nak SPM... Sebelum SPM bersuka ria dahulu.. makan-makan, bergambar... kenangan terindah... dalam gambar ni pun xcukup orang....



Gambar yang ni pulak time tingkatan empat.. mereka rakan sekolah saya.. gambar ni di ambil ketika kami mengikut program SPIES... aktiviti lasak.... first time buat aktiviti lasak... masa first time buat aktiviti lasak ni, terus suka buat aktiviti lasak.. tapi family saya xyakin saya boleh buat.. hehehe^_^


p/s:: entry ni akan bersambung lagi.....^_^

..Terima kasih sudi baca..

anda bagi gambar prince bagi rm50..

Asalamualaikum.... Salam dihulur untuk semua pembaca....  Fasihah al-mujibah masuk contest lagi?? Contest kali ni di anjurkan oleh prince.. contest kali ni mengenai gambar.. kita bagi gambar, prince bagi rm50..


 Contest kali ada 4 category...
               1) Gambar terindah Bersama keluarga
               2) Gambar sewaktu zaman persekolahan
               3) Gambar ketika melancong
               4) Gambar bersama kawan baik/bf/gf

tarikh contest :: 16 Jun - 30 Sept 2011

Ni Syarat-syarat contest saya copy n paste dari tuan blog :
  1. Buat satu entry dengan tajuk seperti di atas dan letakkan header blog ini di dalam entry anda ( jangan lupa link kan ke blog ini )
  2. Anda bebas meletakkan seberapa banyak gambar yang anda mahukan tanpa had
  3. Penjelasan bagi setiap gambar amat digalakkan sebagai bonus untuk entry anda
  4. Anda bebas untuk meng " join " kan diri anda dalam semua kategori jika anda mahu( pastikan 1 entry bagi setiap kategori untuk memudahkan kerja untuk buat list..)
  5. Pastikan anda memberitahu kategori yang anda "join" bagi memudahkan kami membuat list dan "update"
  6. Anda bebas untuk " follow " atau tidak blog ini..tetapi pastikan anda sentiasa up to date dengan perkembangan terbaru blog ini bagi memudahkan kerja kami
  7. Anda tidak perlu tag sesiapa tapi anda di galakkan mengajak rakan blogger anda bagi memeriahkan contest ini
  8. Tinggalkan link entry anda di dalam ruangan komen di bawah
  9. Update senarai yang join akan dilakukan pada setiap hari pada pukul 12:00 tengah malam
  10. Pastikan gambar tu ada wajah korang yang asli..no copy paste dari sumber lain..

Kategori saya ::
  
    KATEGORI GAMBAR TERINDAH BERSAMA KELUARGA


Ni gambar raya tahun lepas.. Walaupun raya tiap2 tahun, tapi raya kali ni yang saya rasa best sangat2... maybe sebab.... xtahula sebab apa... family yang happy... ad 4 orang perempuan dan 2 orang lelaki...


p/s:: entry ni akan bersambung..  untuk kategori yang lain pulak...^_^
..Terima kasih sudi baca..

Free Earphone...Lagi..

Assalamualaikum... alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk berceloteh... Baru sebentar tadi saya BW... tiba-tiba terjumpa ada satu blog membuat kontest free earphone...lagi.. 





So, saya pun teringin nak menyertai contest ni.. sapa2 yang teringin, boleh lah join....

    syarat-syaratnya::::
             1:::: kalian kena la follow blog ni LINK.. tapi tuan blog 2 kata, xpayah pun xapa...
             2:::: buat satu entry tentang contest ni..
             3:::: Sertakan gambar contest ni(yang ad kat atas 2) dalam entry kalian dan link kan ke entry ini..
                 4:::: letakkan banner contest kt sidebar kalian..
             5:::: last sekali, kalian tinggalkan link entry n email kat entry ni(entry contest ni)  kat ruang komen.. 

tarikh tutup contest ni    1 JULAI 2011....            

   

..Terima kasih sudi baca..

Pengebumian

 Assalamualaikum.... Salam dihulur untuk pembaca sekalian... Alhamdulillah bersyuur ke atas nikmat yang telah diberi kepada kita.. Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk berceloteh dalam blog ini.. Alhamdulillah saya masih di beri peluang untuk merasai nikmat bernafas di atas bumi ALLAH ini.. Terasa diri begitu kerdil sekali..


 Pagi-pagi begini saya telah update blog? sangat jarang terjadi.. Berdasarkan tajuk entry saya kali ini, "PENGEBUMIAN".. Sejujurnya saya sedih sekali pada hari ini... Lihat tajuk entry pun saya dah mula sebak...


credit to mr.google




 Pada tanggal 17 JUN 2011, jam 7.35 a.m, saya telah kebumikan sekor anak kucing yang baru dilahirkan.. kira-kira usia anak kucing tersebut berumur 5 hari.. Masih belum terbuka lagi matanya dan jalannya juga masih tidak stabil..


Pada jam 7.20 a.m, saya sedang sibuk memberi kucing-kucing peliharaan saya makan.. Selesai memberi kucing yang berada di dalam kandang belah bawah(anak dan ibu kucing), beralih pula kepada kucing yang berada di kandang belah atas(kucing yang baru melahirkan anak & kucing yang sedang sarat bunting).. ketika sedang khuyuk memberi makan, saya terlihat seekor sahaja anak kucing yang tidak menyusu ketika itu dan berada di kaki si ibu.. Saya pun berfikiran untuk mengalihkan si anak tadi ke badan ibunya, tetapi alangkah terkejutnya saya, anak kucing tersebut, sejuk badannya dan kaku...

 Air mata saya terus mengalir... Agak marah kepada si ibu kerana tidak menjaga dengan betul.. Sebenarnya kucing tersebut pertama kali melahirkan anak.. Saya pun mula membebel kepada si ibu kucing yang baru melahirkan anak, "TU LAH.. MUDA-MUDA LAGI DAH BUNTING.. BILA BERANAK XTAHU NAK JAGA.." itu yang saya cakap kepada kucing tersebut.. Kenapa saya cakap masih muda lagi?Sebab memang kucing tersebut masih muda.. Di ibaratkan kalau manusia  berumur 14-15 tahun.. Tidak ke terlalu muda?

 Lantas saya befikir, dah sampai ajal anak kucing itu mati.. Bercakap tentang mati, saya ada terbaca satu entry mengenai kematian " BICARA MATI", tajuk entry tersebut yang terdapat dalam blog KEMBARA CAHAYA.. Kalian boleh lah baca kandungan entry tersebut...

 Anak kucing yang mati tadi telah saya kebumikan di belakang bersebelahan kandang ayam...

anak kucing berusia 5 hari yang telah mati

tanah yang telah digali



sudah di masukkan dalam tanah
telah dikebumikan bersebelahan kandang ayam


P/s:: seeloknya bangkai kucing or bangkai binatang di tanam.. 



..Terima kasih sudi baca..

perbezaan lala dan remis..

Assalamualaikum.... Salam dihulur buat pembaca2, sahabat2, yang sudi bertandang ke blog saya.. Alhamdulillah dengan limpah kurnia-NYA saya masih di beri peluang untuk berceloteh kembali.. harap sahabat2 tidak lah bosan dengan celoteh-celoteh saya..

Hari ni, tajuk entry saya PERBEZAAN LALA DAN REMIS... lala? remis? mungkin ad yang memberi nama lain.. or maybe ada yang mengatakan lala n remis sama sahaja... Nama lala n remis ni yang selalu family sebut... Kenapa entry kali ini mengenai lala dan remis?

Sebenarnya hari ini saya masak lala.. masa tengah masak itu la, saya teringat waktu zaman sekolah menengah dahulu.. kawan2 saya mengatakan lala dan remis itu sama sahaja.. tapi bagi saya dan family, mereka berbeza.. mereka ada perbezaan.. walaupun rasanya agak sama, dan mereka ini boleh dikategorikan sebagai adik beradik atau sepupu sepapat...

Jom kembali ke topik asal... Lala dan remis ni hidup di pantai.. mereka bukan hidup di lumpur pantai tetapi mereka hidup di persisiran pantai, dalam pasir pantai.. tetapi pasir pantai yang apabila air tengah pasang pasir tersebut ditutupi oleh air pantai dan apabila air surut pasir pun kelihatan.. Bagaimana hendak mencari lala dan remis? Senang sahaja sahabat2..

Ketika kalian berjalan-jalan di tepi pantai, dan terasa bosan, kalian boleh la cari-cari ranting-ranting kayu yang kecil.. kemudian kalian gali la pasir yang saya terangkan di atas yang di mana sang lala dan remis tinggal.. kalian gali-gali, pasti akan jumpa.. andaikata kalian dah gali-gali tetapi tidak jumpa, jangan sesekali kalian berfikiran saya bohong... andaikata kalian dh gali tapi tiada, berpindah lah ke tempat yang lain, dan gali la semula..

Sahabat-sahabat, ALLAH menciptakan sesuatu itu pasti tidak akan sia-sia.. begitu juga ALLAH menciptakan lala dan remis... Memang sang lala dan remis ini ada di jual.. tapi harganya maybe 1kg rm6.. mahal bukan? Seperti kebiasaan, apabila sudah tiba hujung-hujung bulan, sambil menunggu gaji masuk, duit di poket tinggal berapa sahaja.. lagi-lagi yang sudah berkeluarga dan beranak ramai.. Mungkin family kalian tidak begitu, tetapi family lain, kita tidak tahu.. Maka, di hujung-hujung bulan tu, boleh la pergi ke pantai dan mencari lala dan remis.. nk cari pun tidak susah...

Lagi pula, hasil yang kita dapat dari usaha yang kita lakukan pasti amat berpuas hati... walaupun penat lelah berusaha tapi apabila mendapat hasil, pasti berpuas hati.. begitu juga dengan mencari sang lal dan remis ini.. hasi yang kita usaha sendiri dengan hasil yang kita beli, pasti beza perasaan itu..

Panjang pula berceloteh... huhuhu... ok la... Kembali ke topik asal.. Sang lala dan remis ini berbeza.. dengan melihat cengkerangnya sahaja sudah dapat bezakan...

SANG LALA

        * Cengkerangnya berwarna hijau lumut                
            * Cengkerangnya agak nipis sedikit
            * Cengkerangnya tiada corak






SANG REMIS


             * Cengkerangnya agak tebal
             * Cengkerangnya bercorak-corak dan pelbagai warna





Andai ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya, boleh la kalian komen dan nyatakan pendapat kalian pula....^_^



lihat perbezaannya.....^_^



..Terima kasih sudi baca..

Sekuntum mawar putih buat ibu

hasil karya : Fasihah Al-mujibah

 Gergasi putih itu meluncur laju membelah ruang angkasa. Penumpang di dalam duduk dengan teratur dalam suasana yang tenang. Pramugara dan Pramugari yang terlibat dengan penerbangan tidak henti-henti menghadiahkan senyuman yang sungguh manis untuk para penumpang-penumpang. Walaupun penat melayan penumpang yang pelbagai ragam, mereka tetap dengan senyuman yang manis.

     Disatu sudut, kelihatan seorang gadis yang sedang tekun membaca buku yang ditulis oleh seorang pengarang terkenal " Francine Pascal's " benar-benar membuat dia tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya.


     "Pengumuman! Sekarang kita berada pada ketinggian 670 000 meter dari aras laut. Di bawah sana keliatan Gunung Fuji iaitu gunung tertinggi di negara Jepun." Pengumuman yang diberi oleh ketua pramugara ketika pesawat melintasi negara Jepun benar-benar menghilangkan minatnya untuk terus membaca.


         Amy mengalihkan pandangannya ke luar tingkap, namun tiada apa-apa yang dilihatnya melainkan awan putih. Terbayang di fikirannya wajah ibu dan adik-adik. "Mesti ibu gembira menyambut ku nanti", desis hati kecilnya.


        Amy mencongak, sudah lebih 5 tahun ia tidak pulang ke tanah airnya. Pasti pelbagai perubahan dan pembaharuan yang telah berlaku di kampungnya. Kesibukan mengulangkaji pelajaran, menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk pulang ke tanah airnya. dia juga tidak mampu menanggung kos perbelanjaannya untuk pulang. Dia hanya menghubungi keluarga melalui telefon ataupun email dan webcam. 


        Kini, setelah lebih 5 tahun dia merantau di negara orang, dia pulang dengan membawa segulung ijazah yang diidamkannya. Kejayaan Amy bukan sahaja menjadi kebanggan keluarganya malah orang-orang kampungnya juga turut berbesar hati kerana Amy merupakan anak gadis pertama dari kampung itu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kini, bertambahlah doktor melayu di Malaysia.


         Amy mencapai mawar putih yang diletakkan di atas ribanya. Mawar putih ini akan dihadiahkan kepada ibunya. Semasa merayau-rayau di Amsterdam semalam, mawar putih itu telah menarik perhatiannya. " Akan ku hadiahkan mawar ini buat ibu", bisik hati kecilnya.


          Ibu telah banyak berkorban untuk keluarga. Selepas kematian ayah 13 tahun lalu, ibu yang bertungkus-lumus mencari rezeki. Amy sebagai anak sulung bertanggungjawab membantu ibu dan adik-adiknya yang seramai 6 orang. Sehinggan pernah tedetik dihatinya untuk berhenti sekolah bagi membantu ibu mencari rezeki tetapi ibunya membantah keras niatnya.


           Amy membelek-belek kertas ucapan yang terlekat dibatang bunga mawar putih itu. Dia membaca kata-kata yang tercatat di situ, sambil tersenyum manis. Amy memejamkan matanya. Sayup-sayup kedengaran jerit peik penumpang seperti pasar ikan dan terasa gegaran pesawat itu. Kapal terbang itu menjunam laju menyembah bumi.


            Sekumpulan pasukan penyelamat sibuk mencari mangsa-mangsa yang terlibat dengan tragedi ngeri itu. Agak sukar petugas mengenal pasti mangsa-mangsa ini kerana hampir kesemuanya rentung. Dicelah cebisan-cebisan daging terdapat sekuntum mawar putih yang erat di dalam genggaman seseorang. Tertulis di situ, "ISTIMEWA BUAT IBU TERSAYANG".
..Terima kasih sudi baca..

keyakinan diri or nasib...

Assalamualaikum pembaca sekalian.... alhamdulillah kite di pertemukan kembali dalam dunia blog... Alhamdulillah saya masih di beri peluang untuk berceloteh lagi.. harap2 kalian tidak bosan dengan celoteh saya...
Lihatlah tajuk entry kali ini.. keyakinan diri or nasib... Adalah sesuatu yang terjadi kepada saya sehingga kan tajuk entry kali ini di tulis sedemikian...

Begini kisahnya.. saya baru sahaja mengambil lesen kereta... ketika belajar kereta pasti ada yang tidak kena.. pasti akan kene marah dengan Ah Chong(tenaga pengajar lesen memandu).. Teringat saya ketika kali pertama saya memandu kereta di jalan raya... Ah Chong marah2 sebab kawalan stering saya lemah, kaki lambat bergerak ketika menekan pedal cluth dan pedal minyak... " KO TU BUDAK IPTA, BUKAN MAKCIK2.. JANGANLA LAMBAT SANGAT PEKAP ".. wow!! ayat yang di keluarkan oleh Ah Chong betul2 masuk dalam hati... tapi saya hanya diamkan diri.. itulah yang saya mampu lakukan.. xkan sesekali saya hendak melawannya walaupun beliau berbangsa cina tapi beliau tetap tenaga pengajar yang patut saya hormati..

Lepas selalu kena marah dengan beliau, saya xambil hati pun... saya think positiv... semasa saya di ajar parking, beliau ckp ank pnh kene bwh kereta.. tp saya susah nak anggarkan.. maklumla baru belajar.. terus beliau keluarkan analogi beliau.. " KALAU KORANG ORANG ISLAM, NAK SOLAT MESTI ARAH KIBLAT.. TAPI LAW XARAH KIBLAT, MACAM MANA SOLAT NAK DI TERIMA... SO, SAMA LA NGAN NI.. ANAK PANAH KENE BETUL2 BAWAH KERETA LAW X, NANTI LANGGAR TIANG " huhuhuhu... ada lagi analogi beliau.. " UMPAMANYA KO NAK PERGI TANDAS, TAPI BELUM SAMPAI TANAS LAGI KO DAH BUKAK SELUAR " mmg mcm2 analogi yang beliau keluarkan..

Ketika saya sudah pandai mengendalikan stering dengan baik, ingatkan dah xkena marah dengan beliau, tapi rupa2nya sangkaan saya salah... ada pulak yang saya lemah.. ketika hendak membelok... selalu makan jalan orang atau langgar garisan putih.. " KO NI SEMUA OK CUMA NK BELOK  TU TANGAN KO LAMBAT BERGERAK " huhuhu.. so sad la....tp saya xmasukkan dalam hati... sampai esok nk test jpj pun saya masih lagi lemah ketika membelok... menimbulkan kerisauan...

Maka tiba la saat2 yang mendebarkan bagi sesiapa yang ingin test kereta dengan pegawai jpj...begitu juga lah dengan saya..baru semalam saya test jpj iaitu 9 JUN 2011.. saya solat hajat supaya di permudah segalanya..ketika melihat pegawai jpj sampai, saya melihat dan mengira berapa orang pegawai jpj perempuan.. alhamdulillah... hanya seorang dan beliau jaga di parking.. pengalaman kawan2 saya, pegawai jpj peempuan straigth n cerewet.. itulah yang saya seramkan..

Saya mendapat giliran nombor 11...huh!! awal betul nombor giliran saya... tiba2 seorang pegawai jpj datang dan beri taklimat.. kemudian beliau memberi arahan " NOMBOR GILIRAN 1 SAMPAI 30 BUAT LITAR DAHULU.. " saya antara orang yang paling awal test dalam litar.. belum2 saya dah nampak orang GSM(gagal serta merta) atas bukit sebab xsampai kat dalam petak kuning, gagal kat parking sebab langgar tiang... hati saya mula tidak yakin dengan diri sendiri... semasa saya belajar dulu, 2 kali saya langgar tiang di parking... n banyak kali xsampai kat dalam petak kuning di atas bukit...yang memeranjatkan saya, pakai sit belt pulak... masa belajar dulu xpakai pun... 

Giliran saya tiba... saya masuk dalam kereta,saya lupa sesuatu... saya lupa turunkan handbrek.. ouh... patutla susah nk jalan... lagi satu kelemahan saya.. lupa nk turunkan handbrek.. bila saya dah turunkan, xjalan jugak kereta... kereta yang saya dapat, kereta lama... cluth kne angkat tinggi baru boleh jalan, handbrek keras n susah nak tarik... ketika saya lupa nak turunkan handbrek, orang2 yang sedang tunggu giliran untuk yesy menjerit2.." HANDBREK2!! ", " HANBREK TURUNKAN!! ".. huhuhu... baru sedar saya xturunkan handbrek.. alhamdulillah bukit lepas dengan hanya percubaan yang pertama... sementara saya hendak masuk parking, saya terdengar " GEDEGANG!!!! TUING3!!! ".. tiang jatuh... saya mula xyakin pada diri sendiri.... saya pun masuk dengan hati2.. saya dah rasa kereta saya senget ketika masuk petak parking.. nasib baik saya brek cepat.. kalau terlambat sikit sahaja, mesti langgar tinag n mesti saya pun kene GSM... ketika itu saya mula pelik.. adakah nasib betuah yang menyebelahi saya kebetulan bulan yang baik, bulan rejab ataupun saya yakin yang saya mampu lakukan..

Habis saya test di litar, hati saya mula yakin... saya yakin untuk laukukan... alhamdulillah saya lulus dalam litar... walaupun saya tahu saya hampir2 nak kena GSM.. sekarang tiba pula giliran saya test di jalan raya bersama pegawai jpj di sebelah... etika nombor giliran saya di panggil, menggeletar lutut saya.. nervous punya pasal, n keyainan yang datang sebentar tadi, hilang kembali... 

Saya pun memberi salam kepada pegawai jpj.. muka yang garang... saya buat ikut step satu persatu.. tidak lama kemudian selepas saya bertanya jalan apa, beliau mendapat panggilan telefon..saya pun jalan la sementara pegawai tersebut jawab panggilan telefon... semasa saya sedang memandu, pegawai tersebut terus menjawab paggilan telefon.. darimula saya nak bergera sampai la saya dah nak masuk basuk blik kat tempat test tersebut baru beliau habis menjawab telefon..  pegawai jpj yang test saya, bagi saya baik hati.. kerana ketika saya berhenti di simpang, beliau seolah2 ikut meninjau kanan dan kiri untuk memastikan tiada kenderaan kemudian beliau suruh jalan n beliau sambung menjawab telefon.. 

Sampai je selekoh nak masuk tempat test tersebut, alhamdulillah saya xlanggar garisan putih(garisan berheni).. di situlah saya selalu kena marah dengan Ah Chong.. habis je saya test jalan raya, saya berfiir kembali,  saya lulus test jalan raya ni dengan keyakinan diri yang saya boleh bawak kereta ataup pun nasib bertuah saya yang kebetulan pegawai tersebut menjawab telefon memanjang... saya tahu, saya lulus atau semua perkara sudah tertulis di Luh Mahfuz... tapi adakah saya lulus test ini dengan keyakinan diri atau pun nasib... ALLAH sahaja yang ada jawapan dari kepelikan saya.. tap saya tetap bersyukur saya dah lulus.. ini bermakna saya xsusahkan mak n abah untuk tambah rm120 jika saya gagal...

Alhamdulillah selesai saya berceloteh.... tapi tetap dalam kepelikan..... ^_^
kesimpulan di sini, yakinlah dengan semua yang kalian lakukan agar tiada kepelikan yang berlaku seperti saya..

..Terima kasih sudi baca..

maafkan saya....


assalamualaikum pembuka bicara,
salam dihulur untuk sahabat semua,
alhamdulillah bertemu semula,
masih diberi peluang kita bersama.

 Bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillah.. bersyukur kita kepada ALLAH kerana masih diberi peluang untuk bertemu di dalam dunia blog.. alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berceloteh lagi..  terima kasih kepada para pembaca yang sentiasa bersabar untuk membaca entry2 saya yang tidak seberapa..


 maaf di pinta kepada pembaca2 sekalian.. blog saya yang indah bagi saya, yang menjadi suri di hati saya ketika ini, sedang mengalami masalah yang amat xdapat di elak kan..



 untuk pengetahuan sahabat2, blog saya dalam pembinaan sekarang.. barang sesiapa yang singgah di blog saya dan tidak berminat dengan masalah blog saya, boleh la tinggal kan komen atau di shoutbox...

 maaf sekali lagi saya  pinta kepada kalian sekali lagi... tujuan entry saya kali ini cuma untuk memberi penjelasan kepada sahabat2 dan pembaca2 sekalian.. takut2 kalian serik untuk singgah lagi..saya harap, dengan masalah yang dihadapi blog saya, kalian tidak serik untuk singgah ke sini lagi...

 atau... mungkinkah internet di rumah saya lambat, so kelihatan blog saya bermasalah... atau pun di laptop kalian tiada masalah, dan hanya di laptop saya sahaja gara2 internet lamabat?? sejujurnya saya tidak tahu...




ooohhhh..... sejujurnya saya risau.... mungkin dengan masalah blog saya memberi tekanan kepada saya... tetapi islam mengajar kita supaya sabar.. sabar dengan segala masalah yang menimpa, sabar dengan dugaan yang saya hadapi... sabarlah wahai diri... "sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman"...





p/s:: maafkan saya.... jgn serik singgah lagi ye...
..Terima kasih sudi baca..