kenangan yang menerjah di kotak fikiran




assalamualaikum... salam di hulur untuk si pembaca.... pembuka bicara kata dari seoarng manusia yang kerdil, yang tidak lari dari membuat kesalahan.. semoga ALLAH memberkati kita semua.... Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran, masih di beri peluang dari Sang Pencipta untuk menulis bait2 kata yang tidak seberapa  ini...alhamdulillah untuk sahabat2 sekalian kerana masih di beri peluang untuk menziarahi blog saya yang tidak seberapa ini...

Terlihat saya akan gambar di atas, kenangan satu persatu menerjah ke dalam minda... kenangan bersama-sama adik-adik di SMK Mulong, kenangan bersama sahabat-sahabat... program TAMAR'11 di bawah anjuran kelab fasilitator.. tidak perlu rasanya untuk saya mengulas kembali mengenai program ini.. di sebabkan kelab fasilitator itu sendiri telah menulis dengan detailnya mengenai program ini... boleh lah klik SINI...

Dalam program TAMAR'11 ini, saya telah menjadi seorang fasilitator kepada 11 orang adik2 di SMK mulong, kelantan.. adik-adik bawah jagaan saya pelbagai peringkat umo dari form 1- form 6 atas... pelbagai ragam dan kerenah yang saya nampak... pada waktu saya mengenali mereka pada malam pertama di sana, saya berfikir, adakah boleh saya mengendalikan 11 orang adik-adik?? secara jujur saya memberitahu, inilah pengalaman pertama saya menjadi fasilitator dalam tempoh 3 hari 2 malam.. tempoh yang agak panjang bagi saya.. sebelum ini, menjadi fasilitator dalam program BAKSIS iaitu bakti siswa di kg to' uban, kelantan.. semasa menjadi fasilitator di program BAKSIS, hanya beberapa minit sahaja saya bersama adik-adik itu pun hanya 3 orang adik setiap orang fasilitator.. dapatkah sahabat-sahabat bayangkan bagaimana seorang yang mempunyai pengalaman yang cukup sedikit sebagai seorang fasilitator memegang 11 orang adik-adok yang pelbagai peringkat umur?

ahli kumpulan saya

pada awalnya, saya berasa cukup merendah diri dengan fasilitator yang lain.. ada seorang adik bawah jagaan saya, sata berasa seperti saya tidak boleh masuk dengannya, tidak boleh mendekatinya... tetapi adik ini boleh pula masuk dengan seorang fasilitator iaitu sahabat saya yang berasal dari kelantan juga.. saya bertanya dengan beliau, " macam mana kau boleh masuk dengan adik tu?" saya meluahkan apa yang saya rasa kepada beliau... saya memberitahunya, " nampak adik tu seperti budak wanted or budak bermasalah" sahabat saya pun berkata, " memang dia budak bermasalah.. tapi kau kalau nk masuk dengan dia, nk dekati dia, cakap slow-slow dengan dia.. menggunakan sehabis baik kelembuatan seperti seorang kakak kepada adiknya.."

Begitu rupanya.. saya pun cuba sehabis baik untuk mendekati adik itu.. alhamdulillah berhasil... tetapi, sejujurnya saya tidak boleh untuk memarahi adik-adik bawah jagaan saya, walaupun ada pilihan mereka dalam satu LDK yang boleh mendatangkan kemarahan, ketegasan, dan saya sebagai fasilitator harus marah dengan pilihan yang di lakukan... tetapi saya tidak boleh memarahi mereka walaupun saya terasa marah.. yang ada di dalam kotak fikiran saya, saya tidak boleh memarahi mereka kerana ini bukan cara yang terbaik untuk menasihati mereka, malahan andaikata saya memarahi mereka, pasti akan ada tanggapan buruk, maka saya ambil keputusan dengan menegur mereka sehabis lembut.. memang ada kumpulan lain yang menangis-nangis akibat di marahi kakak/abang fasilitator mereka dengan pilihan yang di buat... pada saya, walaupun mereka menangis sekarang, tidak bermakna mereka insaf.. bahkan mungkin mereka hanya insaf atau sesal pada waktu itu sahaja...

pada malam kedua di SMK Mulong, selepas tamatnya sesi pada hari itu, saya di datangi seorang adik di bawah jagaan saya.. kedatangan adik itu rupanya ingin meluahkan masalah yang melanda keluarganya.. saya sudi menjadi pendengar setia walaupun badan saya terlalu letih dan mata saya juga hampir-hampir tertutup.. tetapi saya gagahkan mata dan badan saya agar adik ini berasa selesa ingin mencurah rasa.. selepas mendengar kisah adik tersebut, tiba-tiba hati saya terdetik.. "jangan lah adik ini salah faham akan keperihatinan saya dan berfikir ingin mengambil saya sebagai kakak angkat.."

Tidak saya sangka... segala apa yang terlintas/terdetik di hati saya benar-benar terjadi.. akhirnya, adik tersebut meluahkan apa yang ingin di sampaikan..  adik tersebut memberi surat kepada saya... apa isi surat tersebut, tidak perlulah di tulis.. saya terkejut mendengar permintaan adik ini.. hati saya berkata-kata,"alahai dik... adik akak pun banyak kat rumah"..

Saya berkata kepada adik tersebut, "adik.. dalam agama islam, tiada istilah adik angkat or kakak angkat, or abang angkat or segala macam yang berangkat-angkat melainkan ibu bapa itu sendiri yang membela sejak dari kecil.." alhamdulillah.. adik tersebut mengerti...

Mungkin apa yang saya katakan kepada adik tersebut salah atau silap... tetapi kata-kata ini saya pinjam dari seorang kakak fasilitator kepada seorang adik fasilitatornya di dalam surat...

Nabi kita sendiri juga mempunyai anak angkat yang bernama zaid bin harithah.. sahabat-sahabat boleh lah melawati atau menerjah LINK ini...

alhamdulillah... habisnya program TAMAR'11 di SMK Mulong, minggu hadapannya saya bertolak pula ke SMK Hamzah 1, Machang, kelantan.. program QASEH'11 pula yang menanti.. insyaallah jika masih di beri peluang berceloteh, saya akan menulis mengenai program QASEH'11....
..Terima kasih sudi baca..