dahi cecah sejadah......

ingatlah.....
dimana saja kamu berada
kamu tetap memijak bumi TUHAN dan dibumbungi langit TUHAN
serta menikmati rezeki TUHAN.....

justeru......
bila DIA menyeru
sambutlah seruan-NYA
sebelum DIA memanggil buat kali terakhir....

ingatlah......
kamu dahulu hanya setitis air yg xbererti
lalu menjadi segumpal darah
lalu menjadi seketul daging
lalu membentuk tulang 
lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

ingatlah........
asal usulmu yang tidakbernilai itu
yang kalau jatuh ke tanah
ayam xpatuk, itik xsembu..

tapi......
ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu yang lebih agung dari malaikat
lahirmu bukan untuk dunia
tapi gunakanlah ia untuk melayari bahtera akhirat....

sambutlah seruan....
" hayya 'ala as-solah "
dengan penuh rela dan bersedia

sambutlah seruan.....
" hayya 'ala al-falah "
jalan kemenangan akhirat dan dunia...

inagtlah.....
yang kekal ialah amalan
menjadi bekal sepanjang jalan
menjadi teman diperjalanan
mula kembali ke pangkuan TUHAN..

pada hari itu...
tiada berguna harta,takhta dan pangkat
isteri, kad kredit dan kereta
kondominium, saham dan niaga
kalau dahi tidak mencecah sejadah dunia.....

bersihkanlah dirimu, sebelum dirimu dibersihkan
berwuduklah kamu, sebelum kamu diwudukkan
dan solatlah kamu, sebelum kamu disolatkan
tutuplah auratmu, sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kafan yang serba putih....

pada waktu itu...
tidak berguna bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih
selepas itu kamu diletakkan di atas lantai
lalu akan dilaksanakanlah solat jenazah
dengan empat kali takbir dan satu soalan, fatehah, selawat dan doa
sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah....

tapi.....
apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa-dosamu meninggalkan solat sepanjang hidup?
adakah solat jenazah yang tanpa sujud dan rukuk dapat membayar sujud dan rukukmu yang telah luput?
sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.....

justeru....
ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat
usunglah dirimu ke tikar solat, sebelum dirimu diusung ke liang lahad
menjadi makanan cacing dan makan ulat
iringlah dirimu ke masjid, sebelum dirimu diiringi ke pusara
tangisilah dosa-dosamu di dunia
kerana tagisan tidak berguna di alam baqa'
sucikanlah dirimu, sebelum dirimu disucikan
sedarlah kamu, sebelum kamu disedarkan dengan panggilan izrail yang menakutkan
berimanlah kamu, sebelum kamu ditalkinkan
kerana ia berguna untuk yang tinggal, bukan yang pergi
beristighfarlah kamu , sebelum kamu diistighfarkan
namun...... ketika itu.....
istighfar tidak menyelamatkan......





..Terima kasih sudi baca..