~pengalaman di resort sri menanti...~

Assalamualaikum dan selamta pagi... Bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara kita hari ini.. Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi masih di limpahkan pelbagai nikmat sehingga ke hari ni..

Berdasarkan tajuk entry kali ni, iba ingin berkongsi cerita la... sekarang iba berada di resort sri menanti, negeri sembilan... iba join program jati diri.. ok... iba bukan nk bercerita mengenai program...

Pertama kali, n iba rasa menjadi pengalamn iba yg menarik n menjadi sejarah kpd iba, 1st time iba menjadi pengurusi majlis semalam.... uih... nervous sgt la..... TUHAN je yg tahu apa g Iba rasa time tu....

Tp pengerusi majlis untuk slot la... huhu.. Tibanya masa iba pgg microphone segala debaran tu dah hilang... terasa diri iba ni boleh bercakap di hadapan... Alhamdulillah ALLAH permudahkan urusan iba semalam....

huhu... ok.... sampai sini je nk berceloteh.... gembira pulak dapat jadi pengurusi majlis walaupun hanya sebentar....





^_^

..Terima kasih sudi baca..

~ promotion~

Assalamualaikum... Pembuka bicara... Alhamdulillah dengan limpah kurniaNYA iba di izinkan untuk terus bergiat di dalam dunia blog.. Sudah hampir sebulan iba terkandas dan tiada entry mengenai apa2 pun...

Di kesempatan ini, iba ingin memohon sejuta kemaafan kpd pembaca2 dan follower2 iba... Akibat terlalu busy dengan program kolej and assignment Iba terlupa untuk mengupdate entry mengenai promotion craft .... Maaf sgt2...

Untuk pengunjung, pembaca dan follower Iba, khas untuk mereka yang berada di dunia blog sahaja taw.... Tawaran harga barangan craft... yang dibuat oleh Iba sendiri.. 100% handmade... UNTUK ANDA SEMUA, MULAI 21 JAN 2012 - 11 FEB 2012... sebab bulan dec adalah bulan untuk Iba prepare 4 exam final...

TP......

Sekiranya semua xsabo nk tgk, bolehla tgk album Iba promotion craft di FB iba... tp promotion tu dh nak habis taw... sebab tu Iba on promotion baru... promotion ni khas untuk rakan2 n pembaca blog iba...



Dalam masa yang sama, Iba letak dulu gambar2...

brooch love



keychain cupcake



huhu... Dalam masa yang sama Iba nk tag beberapa orang... atas ucapan terima kasih dah banak bantu Iba dengan tutorial yang dema buat....


lyssa
wan hazel
whitey mommy
syamira
cik tom

mana la tahu deme berminat... huhu..:face64:




gambar2 lain akan muncul bila Iba update lain hari...



:face12:



..Terima kasih sudi baca..

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Selamat pagi semua... Bismillahirrahmanirrahim pembuka kata pada pagi ini... Alhamdulillah iba berpeluang lagi untuk menulis entry....Alhamdulillah ALLAH masih memberi keizinan kepada ib auntuk merasai nikmat yang paling besar iaitu nikmat bernafas.. Iba harap semua pembaca Iba berada dalam keadaan sihat sejahtera.. Semoga family Iba dikampung sentiasa sihat selalu.. Amiinn... Terasa rindu ingin pulang ke rumah:face41:... rindu teramat sangat dengn rumah dan seisi rumah:6:...

Pagi yang cerah... Alhamdulillah cuaca hari ini seperti dalam keadaan baik... Penatnya memerah otak untuk mendesign poster.. Terasa ingin putus asa.. Tapi bila teingat sikap cepat putus asa bukan sikap mukmin sebenar, cepat2 iba padamkan perasaan ingin putus asa,, Iba gagakan diri terus mendesign:face12:.. Alhamdulillah Iba dah design 3 poster.. Tapi Iba dapat merasakan poster Iba di tolak mentah2... Andaikata poster Iba ditolak mentah2, ini dugaan untuk Iba supaya lebih berfikiran kreatif..

Entry Iba kali ini, nak promosikan hasil tangan Iba.. Hasil tangan craft.. Apa je yang Iba nak Promosi:s::s::s: Apabila dikatakan promosi, haruslah murah2 kan:face64:... huhu.. yupp.. memeng la murah.. nama pun promosikan... Promosi akan bermula 9 oktober - 30 november 2011.. 53 hari promosi barangan craft...

JANGAN LEPASKAN PELUANG:r::r::r::r::r::r::r: Lepas tamatnya promosi ini, harga barangan seperti harga asal:face75:...

Segala gambar promosi akan di update akan datang... selalu jenguk taw blog Iba... Sebarang perubahan akan diberitahu..


:face51:

..Terima kasih sudi baca..

~MMP tutup tirai, STD melambai2~

Assalamualaikum.... Alhamdulillah Iba berkesempatan untuk menulis entry lg hari ni.. Maklumla, hari cuti... Alhamdulillah juga Iba masih diberi peluang untuk berceloteh:face40:.. Terima kasih juga bagi pembaca2 Iba yang tidak pernah rasa boring untuk menjenguk blog Iba.. Iba syg kamu semua:n:...

Lihatlah tajuk entry Iba.. " MMP tutup tirai, STD melambai2 ".. MMP (minggu mesra pelajar ) baru sahaj melabuhkan tirainya malam tadi.. Majlis penutupan dan open house hari raya KK9 di rasmikan oleh master kami, prof. madya DR. Sabri bin Musa.. Meriah sungguh majlis malam tadi.. Pelbagai persembahan yang diadakan oleh wakil2 MMP.. thumbmemang terbaik la mereka yang menjayakan MMP...

Malam tadi kami juga dipersembahkan dengan persembahan yang special... Penyelia kami KK9, cik shafa'atussara.. cik shafa membuat persembahan denagn menyanyikan lagu dato' siti.. Suara beliau persis suara Dato' siti.. Cik shafa adalah backup singer Dato' siti..:face42:

Apabila berakhirnya MMP, projek tahunan kk9 ( STD ) melambai2.. STD( sri tanjung d'lite ) adalah projek tahunan kk9.. projek ap 2? :face14:hahaha.... projek STD ni kami akan buka gerai waktu Konvokesyen berlangsung.. Jadi kami akan buka gerai basah @gerai makanan.. Anda semua dijemput singgah...:face64:

Projek STD ni Iba jadi ajk.. Iba jadi ajk publisiti... Susah kot jd ajk publisiti ni.. huhu tp xkisah... Pengalaman Iba akan bertambah...:face39: Dah dua hari Iba bukak kaunter untuk tempahan baju STD.. Baju limited edition.. Ramai juga yang menempah... Terima kasih Bagi sesiapa yang menempah.. Anda sudah menyokong kk9.... Sayang u all semua:n::n::n:......

Mungkin Iba akan busy dalam dua minggu... Iba nk kene buat poster untuk STD.. Semalam dah buat.. Tp Iba xthu diterima atau tidak poster yg Iba buat dengan kawan Iba... Hope diterima... Iba banyak keje yang nak di buat.. Iba nk siapkan assignment...tinggal minggu depan je Iba kene siapkan...

Ok la... takat sini je Iba celoteh... Iba nk study pulak... wish me luck k...


:face75:

..Terima kasih sudi baca..

~ life hidup dekat U ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulillah setelah sekian lama iba tidak menjenguk blog iba ni.. Terasa rindu pulak untuk menaip entry.. Dan terasa rindu pulak kepada pembaca2 blog iba.. Di kesempatan ini iba ingin menyusun jari memohon keampunan daripada pembaca2 blog iba.. Sekarang iba tengah busy dengan projek kolej kediaman dan dengan assignment.. Alhamdulillah iba curi masa untuk menaip entry kali ini.. Alhamdulillah juga iba masih berpeluang untuk menaip entry hari ini..

Baru 3 minggu iba berada di Universiti malaya dah macam2 aktiviti yang iba join..  3 minggu yang lepas, iba ikut program MHS (miggu haluan siswa).. Iba sekarang menetap di Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin ( kk9 ).. KK9 ni special sgt... knp? Sebab satu2 nya kolej kediaman Universiti Malaya yang berada di luar gate n di pendekkan cerita, berada di luar campus...  

Iba kne aktifkan diri dalam projek2 kolej.. untuk melayakkan diri dan menempatkan diri duduk di kolej kediaman 9... Iba suka dan sayang tinggal di kk9... walaupun agak jauh dari fakulti tapi kenderaan nk ke fakulti dah terjamin.. Cafe pun agak murah dan kk9 ni dekat dengan KFC.. hehe


Untuk seminggu ni, tiap2 malam selepas isyak, mesti iba x ad dalam bilik... Iba busy dengan aktiviti kolej.. Biarla orang nak ckp Iba semangat or apa.. Iba xkisah.. sebab ni life iba.. Iba buat sebab xnak menyusahkan emak dan abah.. walaupun Iba dah banyak keluar duit untk beli buku, Iba xsanggup nak mintak duit kat abah.. sebab 2 iba ambil inisiatif untuk niaga...

Iba niaga baragan kraft... Life iba sekarang terasa makin busy... Now, baru Iba rasa life hidup dekat U... Sangat mencabar... Alhamdulillah Iba xada masalah dengan add and drop subject.. Allah sayangkan iba... Bersyukur yang tidak terhingga...

Ok la.... takat ni je la iba berceloteh... ohhh... Iba nk promote dtg la ke gerai STD ( sri tanjung d'lite ) masa hari konvokesyen universiti malaya... Pelbagai makanan ada.. ad untuk breakfast, untuk lunch, dan untuk dinner... dan macam2 lagi... Jemput datang... 

baju limited edition...

^_^

..Terima kasih sudi baca..

~ Hari raya datang kembali~

Assalamualaikum.... Salam dihulur untuk semua pembaca blog iba ni.. Alhamdulillah iba di beri peluang untuk menaip dalam blog ni lagi.. Alhamdulillah kita bertemu kembali setelah lama tidak bertemu... Alhamdulillah dengan limpah kurnia-NYA iba berpeluang menulis walaupun satu entry dalam keadaan yang sangat buzy..

Seperti yang telah diumumkan di TV td, pengumuman esok raya... Sejujurnya iba xterasa esok raya walaupun kt rumah iba sekarang meriah... kenapa?? itu rahsia iba... ^_^  Seronoknya kalian yang dapat berpuasa di akhir ramadhan di saat ramadhan kian pergi... Bersyukurlah wahai umat islam sedunia... 

Takbir raya sudah bergema di masjid dr selepas isyak td... Iba boleh dengar takbir raya di masjid? msti la boleh sebab rumah iba betul2 depan masjid.. sebab tu la iba boleh dengar dengan jelas takbir... Menitis air mata iba... Ramadhanebel telah pergi meninggalkan kita.. Adakah tahun depan kita masih berpeluang beribadah dalam bulan yang mulia itu?? Semoga kita semua masih diberi peluang untuk merasai dan beribadah dalam bulan yang mulia itu tahun depan... amiinn....

Di kesempatan ini, iba nak sangat mengucapakan selamat hari raya kepada semua umat islam seluruh dunia dan terutama sekali pembaca blog iba sekalian... iba mintak maaf dari hujung rambut hinggalah hujung kaki... Semoga segala kesilapan dah kesalahan iba dapat dimaafkan...

Sebelum iba menghabiskan kata-kata, iba nk cerita sedikit perjalanan iba pada  1 syawal... Terdapat setengah family, dia relaks pada 1 syawal... tp tidak pada family iba... pd pagi 1 syawal setelah solat hari raya n selepas bermaaf-maafan sesama keluarga, family iba pergi berkumpul rumah makcik iba.. makcik iba ni, kakak sulung kepada abah iba.. Sebelum arwah nenek iba meninggal, kami berkumpul dirumah iba@rumah nenek.. apabila nenek dah meninggal, kami semua berkumpul di rumah anak yang sulung.. Alhamdulillah adik beradik abah masih balik kg mengikut giliran walaupun nenek sudah tiada.. berkumpul di rumah makcik kami bermaaf-maafan sesama family besar.. sekali dengan ziarah la 2... kemudian setelah makan n maaf2, kami bergerak pula rumah pkcik ( abang kpd abah iba ).. kami ziarah sebentar di situ.. kemudian kerumah mkcik iba( kakak kpd abah iba).. kemudian barula ke rumah iba.. kenapa rumah iba lmbat?? sebab abah iba adik yang paling muda yang berada di kampung... kt rumah iba la mereka makan tengah hari.. n sampai di rumah iba msti semasa zohor... setelah mereka semua bersurai, family iba bergegas ke rumah atuk iba di sg. apong.. ziarah sebentar di situ.. kemudian ziarah di rumah makcik2 sebelah mak iba pulak... sampai rumah selepas penat berziarah, waktu maghrib... begitulah yang terjadi kepada family iba pada 1 syawal... sgt2 penat n kenyang...


Huhu... banyak betul iba berceloteh... anda semua pulak macammana?? beh la kongsi penglaman 1 syawal anda dengan iba.. huhu.... ok... iba kne pergi dh ni.... iba nk tolong mak masak.. tkut2 t mak ngamuk pulak.. huhu... 

sekian....^_^



::SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN::

..Terima kasih sudi baca..

~try~

Assalamualaikum.... Salam sejahtera kepada semua..... Alhamdulilah kita bertemu kembali dalam blog iba ni... Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi iba masih berpeluang merasa nikmat berpuasa di bulan yang mulia ini.. 

Sudah lama rasanya tidak update blog dengan entry2 baru... Alhamdulillag baru ada kesempatan.. Maklumla busy seorang ustazah.. huhu... Entry kali ini, mcm plik je kn?? try..... iba try apa? try tackel org ke? Astaghfirullah.... bulan puasa ni lebih baik jaga pandangan... begitu juga dengan bulan yang lain...

Iba try buat  felt craft.... Rasa seronok tengok org buat.. Maka iba pun menceburkan diri la.. kononnya nk asah bakat yang terpendam.. Tapi still masih blajar... Bila dapat buat, rasa happy sangat2 sebab tahu buat... huhu.. tapi xcantik mana la... Maklumla baru berkecimpung dalam bidang ni... Malam tadi lepas terawih iba buat..

karya iba yang pertama.. ni untuk adik yang tersayang..

pandangan belakangnya.. ada huruh "T".. "T" untuk Thoyyibah... adik bongsu iba..

dua hati yang dapat iba siapkan malan tadi.. dua2 untuk adik iba...

huhu... belakangnya ada huruf "A" dan huruf "T".. huruf "A" untuk anna.. 

yang ni brooch yang baru je siap tadi.... brooch bunga....

pandangan belakang brooch bunga iba...

yang ni keychain hp... nama dye bantal.. huhu... baru siap gak...

pandangan belakang keychain hp bantal... ada huruf "J" la... "J" untuk jibah @ "J" untuk jiha...
huhu.... Xthu nak bagi kt adik ke x... sbb dye masi xad hp..

Itula karya iba... huhu.... Iba bagi adik Iba terus dye letak dkt pencil box... huhu.. 


Wallahua'lam.....


^_^
  

..Terima kasih sudi baca..

~~berbuka di masjid~~

Assalamualikum... Salam pembuka bicara.. Alhamdulillah seluruh umat islam di atas muka bumi ini telah melewati puasa yang pertama di bulan ramadhan... Semoga hari ini segala amalan kita diterima ALLAH... amiinnnn... Alhamdulillah bersyukur kita  masih di pertemukan walaupun hanya sekadar dalam blog..

Seronok rasanya dapat menjalani ibadah puasa hari ini... Tapi janganlah kita tinggal solat terawih.. Alangkah ruginya bagi sesiapa yang meninggalkan terawih..


من قام رمضان إمانا واحتسابا غفرله ما تقدم من ذنبه
mafhumnya:: sesiapa yang mendirikan solat terawih  pada waktu malam ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan , maka  dosa yang lepas akan  diampunkan oleh ALLAH.  ( diriwayatkan oleh bukhari dan muslim )



Betapa ruginya bagi siapa yang tidak melakukan solat terawih.. Sungguh beruntung kaum adam 30 hari dapat menunaikan solat terawih... Maka bersyukurlah wahai kaum adam dan gunakanlah peluang yang hanya datang setahun sekali..

Seperti tahun yang lalu, dan tahun ini sudah masuk tahun yang ke 3 bagi kami warga kg tebuk jawa berbuka puasa di masjid.. Bermula 1 ramadhan hingga 29 ramadhan xsilap iba.. Sudah 2 tahun mak iba xmasak untuk buka puasa.. kami sekeluarga buka di masjid.. Rumah iba betul2 berada di hadapan masjid.. Makanya agak malu sekiranya kami tidak hadir berbuka di masjid.. Siapa yang menyediakan buka puasa di masjid?

Orang2 kampung la yang menyediakan buka puasa.. Setiap hari berganti orang yang buat buka puasa.. Sebenarnya orang2 kampung buat kenduri di masjid, mungkin kenduri arwah atau kenduri kesyukuran.. Mula pukul 6.45 petang, sudah ramai yang hadir ke masjid terutamanya orang yang kenduri hari itu.. Kenapa awal sgt? Ya lah, sebelum berbuka kami ada baca yasiin dan tahlil.. Kerana itulah ramai yang hadir awal ke masjid. 

Giliran family iba buat kenduri di masji minggu hadapan.. Ahad malam isnin.. Makanya hari ahad 2 akan di adakan rewang @ kejubus untuk buat makanan untuk berbuka puasa.... InsyaALLAH menunya ikan kembung masak tempoyak. Bukan ini sahaja menunya, ada lagi tetapi iba tidak tahu kerana itu hal orang2 tua (adik beradik abah)...

Moreh pun orang kampung yang bawak.. JKKK sudah bahagi2 giliran yang bawak moreh ke masjid.. Giliran family iba ada 5 hari.. 1, 8, 15, 22, 29 ogos 2011.. Itulah hari2 nya yang family iba kena bawak moreh ke masjid.. Meriah buka puasa di masjid tadi.. 

Esok iba dah start mengaja lagi, balik dari sekolah di awalkan.. balik pukul 5.30 petang.. Ustazah2 di sekolah masing2 jeles dengan iba dan emak.. Mana tidaknya, kami balik rumah terus rehat dan tidak perlu susah payah menyiapkan lauk untuk berbuka ketika penat.. Tetapi mereka, balik dari sekolah tidak sempat untuk berehat dan terus menyiapkan makanan berbuka untuk family tercinta walaupun dalam keadaan penat..

Cabaran iba di bulan ramadhan akan bermula esok.. Melayan kerenah anak murid yang macam2.. Semoga ALLAH memberi iba kesabaran yang sangat tinggi untuk bulan yang Mulia ini.. amiin...........




Moga ALLAH redha dengan apa yang kita lakukan....



^_^

..Terima kasih sudi baca..

~~ Selamat menyambut ramdhan al-mubarak~~

Assalamualaikum... Salam dihulur untuk pembaca yang iba kasihi... Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih mempertemukan kita.. Alhamdulillah ALLAH masih memberi iba nikmat bernafas... Alhamdulillah iba masih diberi peluang untuk beribadah di bulan mulia ini.. Iba berharap puasa kali ini adalah yang terbaik.. 

Sedar atau tidak kita sudah menghampiri bulan ramadhan atau dalam erti kata lain kita sudah pun memasuki bulan yang mulia ini.. Malam ini semua umat Islam seluruh dunia sudah melakukan solat terawih.. Seronok rasanya jika dapat melakukan solat terawih malam pertama dan puasa hari pertama.. Bagi iba sungguh bermakna.. Tetapi bagi kaum muslimat, agak mustahil untuk sentiasa mendapat puasa di hari pertama bulan ramadhan dan solat terawih malam pertama... 

Seronok dan bahagianya umat islam di dunia ini kerana berada dalam bulan yang kita semua rindui.. Sejujurnya iba sungguh gembira kerana iba masih diberi peluang untuk beribadah di bulan yang mulia ni.. Iba bahagia sangat dan tidak sabar rasanya untuk berpuasa... Alangkah seronoknya dapat puasa penuh di bulan ramadhan.. Tetapi bagi kaum muslimat kami diberi rehat.. Sedih rasanya xdapat berpuasa di awal ramadhan..

Ayuh pembaca-pembaca, sahabat-sahabat yang iba kasihi, janganlah sia-sia kan kehadiran bulan yang mulia ini.. Bulan ramadhan hanya datang setahun sekali.. Belum tentu kita semua akan bertemu kembali dengan bulan ramadhan ini.. Maka jadikan lah puasa kali ini sebaik2 amalan anda semua.. Jadikan bulan ini tempat kita semua menambahkan iman kita.. 


~~ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK~~


" Sujud dahi mencecah bumi,
  tanda syukur kebesaran Ilahi;
  Ramadhan al-mubarak datang lagi,
  Bersamalah kita menambah iman di hati "







:: SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KEPADA UMAT ISLAM DI MUKA BUMI ALLAH INI ::





^_^


..Terima kasih sudi baca..

Mengelak gastrik..

Assalamualaikum... Salam dihulur tanda kasih yang tidak terhingga... Alhamdulillah syukur ke atas segala nikmat yang telah diberi.. Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk menulis dan berceloteh.. Alhamdulillah saya masih berpeluang untuk bertemu reader yang saya kasihi...

Entry kali adal untukperkongsian bersama.. Semoga perkongsian saya kali ini membawa faedah pada semua.. Insya-ALLAH...

Saya teringat kawan saya ada menanyakan mengenai gastrik.. Barangkali beliau kena gastrik.. Kebetulan saya ada baca sebuah blog mengenai cara-cara mengelak gastrik... Pepatah ada menyebut, " mencegah lebih baik dari mengubati.."

Tips untuk mengelak gastrik :
1. Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut.


2. Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.


3. Kurangkan minum minuman beralkohol. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah. ( bagi orang bukan islam )


4. Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.


5. Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.


6. Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan.


7. Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk.


8. Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan simptom gastrik.
Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.


9. Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik. Tekanan juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit.


Info ini saya dapat dari blog "KURUS LANGSING SIHAT CANTIK.."  Terima kasih untuk info yang berguna...  Credit to owner blog...




^_^

..Terima kasih sudi baca..

sains politik islam..... kolej 9...

Assalamualaikum w.b.t.... Salam dihulur sebagai pembuka bicara.. Alhamdulillah dengan rahma-NYA kita masih di beri peluang untuk bertemu kembali dalam blog bicara hati... Alhamdulillah syukur saya ucapkan dengan segala nikmat yang telah diberi...Alahmdulillah saya masih berpeluang untuk menulis alam entry kali ini..

Petang tadi di SRA Simpang 4 BNO adamengadakan majlis bacaan yasiin sempena nisfu sya'ban.. Majlis bermula pukul 3 petang tadi.. Makanya kami guru2 kejubus atau rewang bersama2 untuk membuat bubur asyura.. 

Sebenarnya bukan nak bercerita pasal rewang ni.. tapi..... jeng3...... Ok.. Lihat tajuk entry saya... Sains politik islam... kolej 9.... Sainspolitik islam adalah kos yang ditawarkan oleh pihak Universiti Malaya... Kolej 9 pula ialah kolej kediaman saya... 

Sewaktu majlis sedang berlangsung, sahabat saya msg saya dan bertanya mengenai berikut... Saya agak terkejutdan begitu teruja untuk mengetahui.. Makanya, balik dari sekolahpukul 6.45 petang tadi, terus buka laman web um... 



Lihat dalam bulatan merah... saya mendengar khabar, katanya kolej 9 ada di luar.. dan jauh dari API ( akademi pengajian islam )... Tetapi adakah benar khabar yang telah saya dengar? hati dah mula gundah gulana.. Mana tidaknya... Kecewa tidak bersama sahabat ketika di APIUMNP ( akademi pengajian islam universiti malaya, nilam puri )... 



Bagi yang tidak nampak peta UM ni, boleh la klik gmbar kt atas ni..  Ok... lihat gambar yang saya bulatkan tu...  Yang bawah tu kolej 9... tengok... Kedudukan dia memag di luar gate...  Yang atas pulak, API... Lihatlah.... Jauhkan.... 

Ada hikmah ALLAH meletakkan mencampakkan saya di kolej 9... Mungkin ini salah 1 cara Allah memakbulkan doa saya iaitu kurus... andaikata saya berjalan pergi dan balik dari kuliah dan mengambil masa sekitar 20 minit, berapa banyak kalori dan lemak2 saya terbakar... Apa2 Pun.. Alhamdulillah syukur saya panjatkan...



Wallahualam.............

..Terima kasih sudi baca..

Sedang dibaik pulih..

Assalamualaikum... salam sejahtera... Salam dihulur sebagai pembuka bicara.. Alhamdulillah... Alhamdulillah kita masih dipertemukan dalam blog ini..

Entry kali ini pendek sahaja... Cuma untuk pemberitahuan... Blog saya sedang dibaik pulih.. xsempat nak edit hari ni.. kerana sudah masa untuk memasak, untuk bersiap pergi ke tempat keje.. makanya akan disambung malam nanti...

Wallahua'lam.......

..Terima kasih sudi baca..

Adat dia lain, adat kita lain..

Assalamualaikum.... Salam dihulur untuk pembaca sekalian... Alhamdulillah dengan limpah kurniaNYA kita dapat bertemu kembali dalam blog.. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kerana apabila saya membuka mata subuh tadi, saya masih bernafas.. Lantas saya membaca doa bangun tidur.. Alhamdulillah ALLAH masih memberi peluang kepada saya untuk merasai nikmat yang paling besar iaitu nikmat bernafas...Alhamdulillah sekali lagi saya panjatkan kesyukuran, apabila saya membuka mata subuh tadi, saya masih melihat seisi keluarga saya... Satu lagi nikmat yang besar yang ALLAH telah beri pada saya.. Dan saya percaya, pasti bukan saya sahaja yang merasainya bahkan pembaca2 sekalian...

Muqaddimah yang sungguh panjang... Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk mencoret sesuatu di dalam blog ini.. Tajuk entry saya kali ini, " Adat dia lain, adat kita lain ".. Adat apa yang saya maksudkan? Adat ketika kenduri, adat berinai, adat perkahwinan? Tidak kisah lah anda sekalian nak berbahas adat-adat lain.. tetapi saya adat yang saya maksudkan, adat perkahwinan.. Seperti yang kita sudah maklum, Adat sesuatu kaum itu berbeza.. Adat orang banjar lain, adat orang jawa lain, adat orang melayu lain, adat orang cina lain dan seterusnya.. Saya bukan nak bercerita mengenai perbezaan adat... Tetapi saya nak bercerita apa yang telah saya lihat..

Pada tanggal  18 JUN saya telah bergerak pergi ke pahang.. seperti yang telah saya beritahu di facebook...
Lihat gambar di bawah dan saya bulatkan tarikh post 2... sebagai barang bukti saya pergi pada 18 JUN..



Gambar di atas mengatakan saya balik tempat kelahiran sayakan? memang saya balik tempat kelahiran saya pun... siap lalu depan rumah yang saya tinggal masa berumur 1-4 tahun ... Tujuan kami sekeluarga ke pahang sebenarnya untuk menghadiri majlis perkahwinan anak murid abah.. Rumah pengantin satu jalan dengan bekas rumah saya dulu..

Ketika kami sekeluarga sudah siap makan, kak fizah(anak murid abah @ pengantin perempuan ) suruh tunggu sekejap.. tunggu pengantin laki keluar dari rumah sebelah, rindu katanya nak sembang2 dengan abah... Maka kami pun tunggu la kt luar rumah sambil-sambil nk tengok pengantin laki keluar dari rumah sebelah.. Penganti laki tu orang sabah or serawak.. xpasti yang mana satu sabah or sarawak.. Keluarga pengantin laki pinjam rumah sebelah pengantin perempuan.. Kata pengantin permpuan @anak murid abah, pengantin laki xboleh jejak tanah.. tapi kami xfaham apa yang di maksudkannya maka kami hanya senyum je la..

gambar bersama kak fizah(pengantin perempuan@anak murid abah)


Sementara kami tengah tunggu, nampak pengantin laki dah nak keluar rumah.. tapi.... Alangkah peliknya saya, pengantin laki tadi tidak berjalan bahkan di kendong.. ala-ala raja yang naik tandu.. tapi xada tandunya.. Pengantin laki tadi di kendong oleh 2 orang laki yang agak besar badannya..


kami tunggu di tengah2 panas.. lihat.. brkerut muka orang belakang tu tahan panas..huhu



ala-ala naik tandu gitu...


Ahli-ahli keluarga pengantin perempuan masing-masing cakap, " adat orang sana la ni... xboleh jejak tanah..".. maka... baru lah saya faham apa yang dimaksudkan oleh pengantin perempuan tadi... Agak terkejut dan pelik saya lihat... Tapi seronok juga kerana lain dari yang lain.. SERU bak kata orang endon... huhuhu


yang ni, ble dah sampai untuk berjumpa pengantin perempuan baru jejak tanah..


Kalian jangan la pelik macam saya pulak ye... Saya memang pantang nampak benda yang lain dari yang biasa.. yang kelakar masa tengok pengantin laki dikendong, adik bongsu saya bisik2 dengan saya.. siap buat gaya berbisik lagi... dia cakap " pengantin laki dikendong tapi pengantin perempuan x ".. tergelak saya dengan gelagat dia...

lebih kurang cam ni la...



..Terima kasih sudi baca..